Najmi Iman
Mon Nov 25 2024
Jurulatih perseorangan baru negara, Kenneth Jonassen, akan mengetuai misi negara membutirkan pingat emas pertama negara dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028 menerusi sukan badminton.
Ketika sidang media rasmi bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM), jurulatih kelahiran Denmark itu menegaskan bahawa dia sentiasa meminati badminton Malaysia kerana mempunyai sokongan yang menakjubkan daripada kalangan peminat.
Dia juga mendedahkan sudah memberi kata putus untuk ke Malaysia melalui perbualan telefon bersama Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky.
"Saya percaya ini adalah peluang seumur hidup untuk berada di sini," katanya kepada Nadi Terkini.
Apabila bercakap mengenai sasaran yang ditetapkan, dia berkata: "Ia memerlukan masa untuk mencapai impian tersebut. Semua orang mahu memenangi di peringkat tertinggi dunia.
"Perkara paling utama ialah saya perlu bekerja lebih rapat dengan pihak kejurulatihan dan semua pemain. Kami harus fokus satu per satu selain usaha keras yang diperlukan.
Begitupun, jurulatih berusia 50 tahun itu mahu menjalinkan hubungan yang selesa terlebih dahulu bersama semua pemain dan pihak terlibat.
Ketika ingin membentuk keserasian, hubungan yang baik serta persefahaman yang tinggi akan diperkukuh bagi memudahkan proses persiapan pemain menjelang kejohanan akan datang.
Kenneth juga tidak menolak kemungkinan untuk membawa perubahan 360 darjah demi memastikan objektif tercapai selain dia juga mahu mempelajari perkara baru di Malaysia.
Badminton Antabangsa India: Justin Hoh tempah tiket pusingan 16, Letshanaa gagal tepati reputasi
Pemain perseorangan negara, Justin Hoh, berjuang hebat untuk kemaraan ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Antabangsa India Syed Modi, sebentar tadi.
Kenneth Jonassen ditagih pacu prestasi perseorangan wanita
Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Kenny Goh, menjelaskan Kenneth Jonassen mampu mengembalikan kredibiliti pemain perseorangan wanita yang berdepan prestasi tidak menentu tahun ini.
Roslin: Jonassen miliki gabungan seni permainan Asia-Eropah
Bekas pemain nombor satu dunia, Roslin Hashim, menjangkakan ketua jurulatih perseorangan lelaki dan wanita negara, Kenneth Jonassen, akan menyesuaikan corak permainan benua Asia kepada pemain bawah kendaliannya.
Final Jelajah Dunia BWF: Enam wakil negara galas cabaran Malaysia
Enam wakil negara menggalas cabaran Malaysia dalam saingan World Tour Finals (WTF) 2024 di Hangzhou, China, bulan depan.
Terbuka Malaysia 2025: Tiket akan dijual bermula esok!
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan tiket Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025 bertaraf Super 1000 itu sudah boleh didapatkan dengan secara atas talian.
Jonassen mampu bawa dimensi baharu -- James Selvaraj
Bekas jurulatih England, Kenneth Jonassen mampu melonjakkan prestasi pemain perseorangan badminton negara menerusi gabungan gaya permainan Eropah dan Asia.
AJBC 2024: Barisan pemain muda curi tumpuan
Berakhir sudah saingan Grand Final Allianz Junior Badminton Championship 2024 yang melabuh tirai semalam.
Perlu masa lakukan analisis, bina hubungan untuk dapat persefahaman -- Kenneth Jonassen
Jurulatih perseorangan baru negara, Kenneth Jonassen, akan mengetuai misi negara membutirkan pingat emas pertama negara dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028 menerusi sukan badminton.
Strim langsung sidang media jurulatih perseorangan baru negara, Kenneth Jonassen
Apakah perancangan Kenneth Jonassen selaku jurulatih baru perseorangan badminton negara? Sudah pasti tumpuan terhadap perkembangan terbaru prestasi pemain badminton negara pada masa akan datang.
Ranking Pang Ron-Su Yi naik mendadak selepas prestasi cemerlang
Kecemerlangan beregu campuran negara yang sedang meningkat naik, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yi, dalam Masters China dibalas dengan peningkatan ranking yang ketara mengikut kemas kini carta kedudukan Kesatuan Badminton Dunia (BWF).
Suarez signs new one-year contract extension with Inter Miami
Suarez signs Inter Miami extension
Yamal named 2024 Golden Boy after Spain and Barcelona success
Yamal wins 2024 Golden Boy award
'We can score so many goals' - Amorim backs Man Utd to address struggles ahead of Old Trafford bow
'Man Utd can score so many goals'
Hurzeler unsurprised by Brighton's progress towards Champions League places
Hurzeler unsurprised by progress
Postecoglou relishing Roma test against 'unbelievable' Ranieri
Postecoglou: Ranieri 'unbelievable'
'I would have won title much earlier in the McLaren', claims Verstappen
Verstappen makes McLaren claim
Rain cuts slick Sri Lanka bowling performance short in Durban
Report: South Africa v Sri Lanka
‘Proud’ Glasner insists Palace are on the ‘right pathway’ to success
Preview: Crystal Palace v Newcastle
'Plymouth under-18s wouldn't concede six goals' - Rooney slams Pilgrims after Norwich rout
Rooney slams Plymouth
Forest should be ‘worried’ about recent run of form, says Nuno
Preview: Forest v Ipswich