Penembak berusia 32 tahun itu meraih 570 mata dan berada di kedudukan ke-26 selain menerima hakikat menjadi atlet negara pertama pulang awal dan menamatkan cabaran di temasya berprestij itu.
Peluang untuk melihat penembak negara, Johnathan Wong ke final acara 10 m(m) Air Pistol tidak kesampaian apabila gagal raih slot itu setelah hanya berjaya raih 570 mata untuk sekadar berpuas hati di tempat ke-26.#GoForGold #SokongMalaysia #Paris2024 #KitaSemuaTeamMAS pic.twitter.com/M5QfharuvZ
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) July 27, 2024
"Secara peribadi, kedudukan akhir sangat tidak memuaskan kerana saya mensasarkan mata yang lebih tinggi sebelum datang ke sini.
"Namun, saya mengakui bahawa kem latihan sudah melakukan persiapan yang tinggi tetapi kecewa tidak menghasilkan pencapaian yang diimpikan.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kerana memberikan sokongan dan membantu saya," katanya.