Pemenang Ballon d'Or lapan kali, Lionel Messi, mengetahui dirinya semakin kesuntukan masa dan mula merancang untuk bersara bersama kelabnya kini Inter Miami.

Legenda Barcelona itu melengkapkan perpindahan ke kelab Major League Soccer (MLS), Inter Miami, tahun lepas selepas dua dekad bermain bola sepak di Eropah bersama Barcelona dan Paris Saint-Germain (PSG).

Ketika Messi bersedia untuk mempertahankan gelaran Copa America bersama Argentina bulan ini, persaraannya masih menjadi persoalan penting buat dirinya ketika ini.




"Saya telah melakukan ini sepanjang hidup saya; Saya sukan bermain bola," kata pemegang penyerang Argentina itu.

"Saya menikmati latihan dari hari ke hari, serta permainan saya. Terdapat sedikit ketakutan bahawa semuanya akan berakhir. Ia sentias ada. Ia adalah langkah sukar untuk meninggalkan Eropah dan datang ke sini (Miami).

"Hakikatnya kami memenangi Piala Dunia, ia banyak membantu saya untuk melihat perkara daripada sudut yang berbeza. Tetapi saya mencuba untuk tidak memikirkannya, malah cuba untuk menikmati.

"Saya melakukan lebih banyak (bermain bola) sekarang kerana sedar bahawa tidak banyak masa lagi yang tinggal. Saya menikmati masa saya bersama pasukan kebangsaan di mana saya juga mempunyai kawan baik dan banyak lagi. Saya menikmati perkara kecil yang saya tahu akan terlepas apabila saya berhenti bermain nanti." katanya.