Liga Bolasepak Malaysia (MFL) ingin menjelaskan isu berhubung rayuan Kuala Lumpur City berkaitan keputusan First Instance Body (FIB) yang dikenakan ke atas kelab itu selepas siasatan dijalankan.
Pada 12 Ogos 2024, KL City telah menghantar surat susulan keputusan hukuman pemotongan enam mata yang bertarikh 5 Ogos 2024 kepada MFL.
Bagaimanapun, menurut MFL ia bukanlah surat rayuan rasmi tetapi hanya memaklumkan hasrat mereka untuk membuat rayuan serta mengemukakan pelan dan cadangan terperinci selepas pemilihan Presiden baharu Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA).
Badan induk itu kemudiannya menerima surat yang bertarikh 24 Oktober 2024 menyatakan mereka ingin membuat rayuan susulan terhadap surat mereka sebelum ini mengenai keputusan siasatan FIB terhadap KL City.
Terdahulu, Presiden KLFA, Syed Yazid Syed Omar, dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Stanley Bernard, melontarkan hasrat supaya pengurangan enam mata yang dikenakan kepada skuad Warga Kota dikembalikan semula.
Malah, Syed Yazid menjelaskan KL City sanggup membayar tambahan denda sekiranya hukuman tersebut berjaya dilunaskan.
"Bagi tujuan penjelasan, asas rayuan biasanya disertakan dengan dokumen sokongan daripada agensi masing-masing sebagai bukti, untuk membuktikan pelan ke hadapan dan perlu menjelaskan keputusan awal itu sama ada ianya tersasar, tersilap atau berat selain perlu menyatakan mengapa rayuan tersebut adalah wajar," ulasnya.
Unit Perlesenan MFL sedia membantu KL City bagi mengemukakan rayuan sebenar untuk dihantar kepada FIB bagi permohonan mereka sebelum ini.
Najmi Iman
Fri Oct 25 2024
Info Siaran Langsung Liga Super: Jadual perlawanan Minggu Ke-15
Jadual perlawanan Liga Super minggu ke-15 (LS15) akan bermula esok.
Peletakan jawatan mengejut Nidzam Jamil jadi persoalan
Peletakan jawatan pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil, secara mengejut pada Rabu menimbulkan persoalan situasi yang sedang berlaku dalam skuad Gergasi Merah itu.
MFL kongsi perancangan bantu kemelut gaji Kedah Darul Aman
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Giorgio Pompili Rossi, memegang kata-kata pemilik Kedah Darul Aman, Tan Sri Daud Bakar, yang berjanji akan ada perubahan melibatkan kemelut pembayaran gaji tertunggak sejak awal musim ini.
Liga Super: JDT buat Selangor kempunan di laman sendiri
Hasrat Selangor untuk mendapatkan kemenangan dalam aksi Liga Super ke atas Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak kesampaian apabila tewas 0-3 di Stadium MBPJ, sebentar tadi.
Ini rekod pertemuan Selangor bertemu JDT
Menjelang aksi Liga Super yang melibatkan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor yang bakal berlangsung jam 8.15 malam ini, mari kita lihat rekod pertemuan antara kedua-dua pasukan.
Liga Super: KL City kecundang di tangan sembilan pemain Kuching City
Kuching City yang terpaksa menamatkan perlawanan dengan sembilan pemain berjaya membenam KL City 3-1 dalam aksi Liga Super sebentar tadi.
Nadi Bola Latihan Pasukan: Dendam Selangor tewas di final Piala FA masih menyala!
Menjelang pertemuan epik antara Selangor dan Johor Darul Ta'zim (JDT) malam ini semestinya akan menjanjikan aksi yang menarik dengan dendam The Red Giants tewas dalam final Piala FA masih membara!
Liga Super: Adam Nor Azlin muncul penyelamat Sri Pahang
Kelantan Darul Naim gagal mempertahankan kelebihan apabila terpaksa menamatkan perlawanan berkongsi satu mata dengan Sri Pahang dalam aksi Liga Super di Stadium Temerloh, Pahang sebentar tadi.
Liga Super: Empat gol puaskan nafsu Sabah, Penang terus kempunan
Tugas pertama Pengarah Teknikal Penang, Merzagua Abderrazak, menjadi jurulatih sementara dilihat nasib tidak menyebelahinya apabila skuad bimbingannya tewas besar 0-4 kepada Sabah di Stadium Bandaraya, sebentar tadi.
MFL perjelas isu kemuka rayuan KL City
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) ingin menjelaskan isu berhubung rayuan Kuala Lumpur City berkaitan keputusan First Instance Body (FIB) yang dikenakan ke atas kelab itu selepas siasatan dijalankan.
Amorim promises clarity on Man Utd move after Sporting's next match
Amorim refuses to reveal decision
Bronny James feels the love in Cleveland
Bronny feels the love
South Africa bowlers earn dominant victory over Bangladesh
Bowlers win Test for South Africa
'I don't see myself as the best', says Yashin Trophy winner Martinez
Preview: Tottenham v Aston Villa
Arteta: It's up to Nwaneri how quickly he becomes a first-team regular
Nwaneri in charge of developement
Motta: Errors at both ends of the pitch cost Juventus against Parma
Errors at both ends cost Juventus
Guardiola suffering without De Bruyne ahead of Bournemouth visit
Pep: De Bruyne out for longer
Arteta ignores Mourinho comparison ahead of Newcastle test
Arteta: I'm not Mourinho
NBA: Cavaliers beat Lakers to move 5-0; Bronny James scores 1st NBA points
Cavs beat Lakers to move to 5-0
Martin wants Southampton to keep on smiling
Preview: Southampton v Everton