Stadium Astro
Sat Jan 18 2025
PDRM mempersiakan peluang untuk meraih slot awal ke pentas final MFL Challenge Cup apabila terikat 3-3 menentang Kedah Darul Aman dalam perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada Sabtu.
The Cops kendalian P Maniam yang menampilkan Faith Friday Obilor sebagai kapten pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dalam misi memburu bekalan selesa untuk timbal balik kedua di Alor Setar.
Maniam juga menampilkan Shahrel Fikri Md Fauzi, Bruno Junichi Suzuki serta penggempur berbisa Ifedayo Olusegun dalam merobek gawang skuad Kenari yang dikawal Wan Mohamad Syazmin Wan Mohamad Ruzaimi.
Kedah kendalian pengendali sementara, Victor Andrag mempertaruhkan Akmal Zahir sebagai kapten pasukan tanpa Syafiq Ahmad dalam kesebelasan utama dibantu pengalaman Milos Gordic dan kudrat Fayadh Zulkifli serta Aiman Afif Afizul di bahagian pengempur.
PDRM yang juga juara edisi 2023 selepas menewaskan Kuching City, dengan agregat 4–1 memimpin perlawanan dengan gol yang dijelmakan hasil jaringan Suzuki pada minit keempat.
Gawang Kedah bolos lagi pada minit ke-44, apabila giliran Ifedayo melebarkan jaringan pasukan tuan rumah sebelum kedua-dua pasukan menuju ke bilik persalinan untuk 45 minit separuh masa pertama.
Separuh masa kedua, anak buah Victor tampil memperkemaskan permainan kembali fokus bagi menyaingi angkatan Maniam.
Hasilnya, Gordic meledak jaringan minit ke-50 sebelum Aiman Afif mengikat kedudukan dengan gol minit ke-53 sekaligus menyalakan semula semangat pemain Kedah.
Skuad Kenari kemudian meningkatkan tekanan yang kemudiannya menyaksikan Akmal menjelmakan jaringan minit ke-65 untuk Kedah memimpin perlawanan.
Bagaimanapun tindakan Maniam memasukkan Eizrul Ashraf akhirnya membuahkan hasil apabila pemain tengah itu berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-79.
Sebagai rekod, kedua-dua pasukan akan berentap di Stadium Darul Aman, Alor Setar dalam aksi timbal balik separuh akhir kedua pada 1 Februari depan.
Kredit -- Sinar Sukan
MFL Challenge Cup: Selangor bawa bekalan tipis ke MBPJ
Selangor melakar kemenangan tipis 1-0 mengatasi Penang dalam saingan separuh akhir pertama MFL Challenge Cup 2024/25 di Stadium Bandaraya, sebentar tadi.
Dua penjaga gol negara terima penilaian berbeza Joe Hart
Dua penjaga gol kebangsaan mendapat pengiktirafan terpuji daripada bekas pemenang Liga Perdana Inggeris (EPL), Joe Hart, yang menyaksikan beberapa sorotan perlawanan Liga Super Malaysia.
TERKINI: Salam takziah, puteri kedua Nazmi Faiz meninggal dunia
Anak perempuan kedua kepada pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Nazmi Faiz Mansor, dilaporkan sudah meninggal dunia hari ini pada pukul 10.55 pagi tadi.
Seminit RM1,600, gaji Cristiano Ronaldo cecah ratusan juta setiap bulan
Pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo, merupakan penerima gaji terbanyak selepas menandatangani kontrak baru bersama kelab terkemuka Liga Pro Saudi, Al-Nassr.
Kecederaan ACL: Noor Al-Rawabdeh tunjuk peningkatan ketara, bakal kembali perkuat Selangor
Selangor menerima perkhabaran gembira apabila tonggak utama, Noor Al-Rawabdeh, menonjolkan perkembangan memberangsangkan dalam fasa pemulihannya berkenaan kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) yang dialami sejak Oktober lalu.
Stadium Sultan Ibrahim, Johor bakal anjur Piala Dunia!
Buat julung kalinya, Johor bakal melakar sejarah apabila Kejohanan Piala Dunia Pempengaruh 2025 akan diadakan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), September ini.
MFL Challenge Cup: Info siaran langsung (live streaming) Selangor idam ke final tebus kekecewaan Piala Malaysia
Penang akan melayani kunjungan naib juara Piala FA, Selangor, dalam perlawanan separuh akhir MFL Challenge Cup yang akan berlangsung di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, malam ini.
EPL: Arne Slot bangga Darwin Nunez selamatkan maruah Liverpool
Ketua jurulatih Liverpool, Arne Slot, memuji ketangkasan pemain Uruguay, Darwin Nunez, yang menjadi wira menjaringkan gol pada minit akhir buat pasukannya meraih kemenangan dramatik 2-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam.
EPL: Mikel Arteta semakin tertekan melihat Liverpool, bangga tetapi juga kecewa dengan pemain
Ketua jurulatih Arsenal, Mikel Arteta, meluahkan perasaan bercampur baurnya tatkala berbangga dengan anak buah tetapi juga kecewa tidak memanfaatkan kelebihan dua gol yang berkesudahan seri 2-2 menentang Aston Villa di Stadium Emirates, semalam.
MFL Challenge Cup: Enam gol warnai aksi PDRM-Kedah di Selayang
PDRM mempersiakan peluang untuk meraih slot awal ke pentas final MFL Challenge Cup apabila terikat 3-3 menentang Kedah Darul Aman dalam perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada Sabtu.
Australian Open: Djokovic expects 'big battle' against Nadal-like Alcaraz
Alcaraz reminds Djokovic of Nadal
Guardiola would not 'forgive himself' if he left struggling Man City
Pep wouldn't 'forgive' leaving City
Australian Open: 'If I think about everything he's done, I couldn't play Djokovic' – Alcaraz
Alcaraz previews Djokovic tie
Atkinson hails Niang and Jerome influence after Timberwolves win
Atkinson hails Niang, Jerome
Australian Open: 'I can do quite a lot of damage' - Zverev confident ahead of quarter-finals
Zverev confident in AO form
Van Dijk salutes matchwinner Nunez after 'well-deserved' Brentford brace
Van Dijk salutes Nunez
Arteta 'very worried' over Saliba injury
Arteta worried over Saliba
'It's just competitive nature' - Mazzulla defends Tatum after Okongwu tussle in Celtics defeat
Mazzulla defends Tatum
Australian Open: Djokovic sets up mouth-watering Alcaraz clash
Djokovic downs Lehecka
Van Nistelrooy 'accepts' Leicester fans' frustration
RvN accepts Leicester fans' anger