Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Pau Marti Vicente, melakukan beberapa rombakan dalam kesebelasan utamanya menjelang aksi final Pestabola Merdeka menentang Lubnan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sebentar nanti.

Paling mencuri tumpuan kelibat penyerang Kedah Darul Aman, Syafiq Ahmad, yang kembali dalam kesebelasan utama.

Selain itu, Safawi Rasid dan Nooa Laine, turut diletakkan dalam barisan pemula selepas bertindak sebagai pemain gantian dalam aksi pertama menentang Filipina empat hari lalu.

Syihan Hazmi Mohamed kekal diletakkan sebagai benteng terakhir di depan Matthew Davies, Dominic Tan, Corbin Ong dan ketua pasukan, Romel Morales.

Bahagian tengah pula akan diperkasakan Endrick dos Santos, Syamer Kutty Abba, dan Nooa.

Jentera serangan Harimau Malaya diketuai Romel Morales, yang akan bergandingan dengan Syafiq dan Safawi.