"Insya-Allah, kemelut pasukan akan berakhir pada tahun hadapan," itu janji Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais, malam tadi.
Beliau membayangkan perubahan pasukan ke arah yang lebih mantap setelah bergelut dalam situasi suram musim ini.
"Saya sudah lapan bulan memimpin FAS dan meraih sedikit pengalaman untuk dibawa ke tahun hadapan.
"Bermakna pada tahun hadapan akan bermula fasa untuk memperbaiki kelemahan dan meningkatkan prestasi pasukan," katanya yang ditemui sejurus tamat aksi pertemuan Sarawak dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Negeri di Kuching.
Posa mengakui pada musim ini tangannya agak terikat oleh perjanjian yang dilakukan oleh pengurusan yang lama.
"Kita tunggu habis musim. Sekarang kita tidak dapat berbuat apa-apa kerana ada pemain terikat dengan kontrak sehingga dua tahun.
"Selepas itu baharu kita atur balik. Ada pemain yang merupakan pemain lama. Kita tidak boleh singkirkan begitu sahaja kerana sebelum ini pun kita banyak berhabis membayar pampasan.
"Dana terus kecut untuk selesaikan masalah ini."
Katanya, harapan utamanya kini ialah pasukan itu kekal dalam Liga Super.
"Tiga aksi terakhir ini... Sarawak tidak ada pilihan. Mesti menang," tambahnya.
Jelasnya, pada akhir musim kelak, beliau berharap akan dapat memperbaiki pasukan sebagai persediaan untuk menghadapi musim hadapan.
"Ini pengajaran berguna kepada FAS agar tidak mengikat pemain terlalu lama.
"Sebelum ini, suku daripada dana adalah untuk membayar ganti rugi pampasan.
"Kerana itu, kita tidak dapat memilih pemain yang betul-betul bagus dan gred A."
Sarawak, katanya, memerlukan sekurang-kurangnya RM15 juta untuk pengurusan pasukan.
"Dalam kancah Liga Super, pasukan kita adalah yang paling rendah peruntukannya.
"Meskipun bajet yang ada agak kecil, kita sebenarnya dibebani kos perbelanjaan paling besar kerana perlu membiayai pengangkutan dan logistik."
Ketika ini, katanya, Sarawak hanya ada empat penaja, termasuk Kerajaan Negeri, dan selebihnya beliau terpaksa berikhtiar sendiri.
"Dan setakat hari ini, kita telah berbelanja lebih RM9 juta.
"Jika masih ada kekurangan, saya akan pikul tanggungjawab itu. Saya tidak akan undur demi Sarawak.
"Hanya saya berpuas hati, walaupun berbelanja kecil, kita tidak dibebani hutang kiri dan kanan," tambahnya lagi.
Penulis Jemputan
Sun Jul 30 2017
Nak bola maju tapi mentaliti tak nak berubah -- TMJ
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu semua pihak membuka mata terhadap kualiti padang dan rumput di negara ini selepas ada yang masih mempertahankan penggunaan rumput Cow Grass.
Bojan Hodak gariskan elemen lucu kemenangan Kuala Lumpur City
Ketua jurulatih Kuala Lumpur City, Bojan Hodak, tiada masalah dengan ketiadaan beberapa pemain tonggak akibat kecederaan apabila taktikal yang digunakan jelas membuahkan hasil ketika menundukkan Sri Pahang FC 2-1 di Stadium Darulmakmur, malam tadi.
Shukor buka gelanggang sintetik
Di sebalik isu tunggakan gaji yang membelenggu kancah bola sepak Malaysia, beberapa pemain mula menyediakan pelan persaraan.
Zahasmi anggap silap sendiri bawa padah
Ketua jurulatih Kelantan United (KUFC), Zahasmi Ismail, menganggap kesilapan sendiri sebagai pubca kekalahan 2-0 kepada The Red Warriors (TRW) dalam saingan Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad Ke IV malam tadi.
Yusri ingatkan pemain supaya kawal diri
Ada nasihat penting yang diberikan pengendali Kelantan, Yusri Che Lah kepada pemainnya menjelang aksi menarik menentang pendatang baharu, Kelantan United FC (KUFC) dalam aksi ketiga saingan Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.
Kisah di sebalik nombor jersi Cruz
Penyerang import Pahang, Patrick dos Santos Cruz, memilih jersi nombor lima bersama skuad Tok Gajah kerana terselamat daripada kemalangan jalan raya yang hampir mengorbankan dirinya.
Padang becak jejas rentak kami - Jelius
Pengendali Sabah, Jelius Ating akui keadaan padang becak, selain air yang bertakung telah menjejaskan rentak permainan mereka ketika seri 1-1 dengan MISC-MIFA dalam aksi liga di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.
Piala Presiden: T-Team cemas sebelum ke suku akhir
Naib juara musim lalu, T-Team menarik nafas lega berjaya menempah slot ke suku akhir selepas mengutip satu mata berharga ketika seri 1-1 dengan Selangor dalam Piala Presiden di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, petang semalam.
Kemelut kewangan FAS selesai tahun depan -- Presiden
"InsyaAllah, kemelut pasukan akan berakhir pada tahun hadapan," itu janji Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais malam tadi.
Perak akan cuba beri yang terbaik -- Durakovic
“Apa yang yang kita ada, kita gunakan sebaik mungkin,” itu tegas jurulatih Perak, Mehmet Durakovic beberapa jam sebelum pertembungan tumpuan membabitkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan pasukannya Perak di Stadium Larkin, malam ini.
NBA: Jazz blow big lead but edge Mavericks on late dunk
Jazz blow lead but edge Mavericks
Venezuela 1-1 Brazil: Super sub Segovia holds Selecao to shock draw
Report: Venezuela 1-1 Brazil
Kelleher repays Ireland trust in Finland victory
Kelleher repays Ireland trust
France 0-0 Israel: Les Bleus advance despite frustrating Nations League draw
Report: France 0-0 Israel
Victory in Greece signals England are 'moving in the right direction', says Carsley
England 'moving in right direction'
ATP Finals: Sinner completes perfect group stage with Medvedev win
ATP Finals: Sinner perfect in group
Greece 0-3 England: Stunning Jones debut goal helps Three Lions go top
Report: Greece 0-3 England
Belgium 0-1 Italy: Azzurri advance to Nations League quarter-finals
Report: Belgium 0-1 Italy
Man City's clash with Chelsea will decide WSL title, suggests Taylor
City face potential title decider
Haaland and Gyokeres 'not a priority' for Barcelona, says Deco
Striker 'not a priority' for Barca