Bekas penyerang kebangsaan Haiti itu dikhabarkan akan berkelana ke kancah Liga 1 Indonesia bersama Malut FC bulan depan.
Pertemuan dengan Kuala Lumpur City di laman sendiri dalam pusingan 16 Piala Malaysia pada hujung bulan ini dijangka menjadi aksi terakhirnya menyarung jersi Hjiau Kuning.
Penyerang berusia 35 tahun itu juga pernah memperkuatkan Melaka United dan Terengganu sebelum memilih Kedah sebagai destinasi berikutnya dalam Liga Malaysia.
Sony Norde ucap selamat tinggal selepas 5 musim beraksi di Liga Malaysia. Difahamkan, Kapten Kedah Darul Aman itu akan melengkapkan perpindahan ke sebuah kelab Liga 1 Indonesia awal bulan depan. ?????@ASTROARENA pic.twitter.com/Gavr1DvlWt
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) November 12, 2024