Ketua jurulatih Kanada, John Herdman, merayu perhatian daripada peneraju bola sepak negara itu yang disifatkannya sebagai tidak serius untuk memenangi Piala Dunia .

Kanada akan menjadi tuan rumah bersama di samping Mexico dan Amerika Syarikat (AS) dalam kejohanan melibatkan 48 pasukan itu yang berlangsung bakal pada musim panas 2026.

Rungutan itu disuarakan selepas anak buahnya tumpas 0-2 kepada Amerika Syarikat (AS) dalam perlawanan akhir Liga Negara-Negara CONCACAF, pagi tadi.

Kanada berdepan kekangan masa dalam persiapan menghadapi kejohanan serantau itu selain kekurangan dana pasukannya mungkin menjejaskan kem latihan September depan.

"Tempoh persediaan ini memerlukan banyak wang untuk mengumpulkan pemain dalam kesempatan kali ini," katanya.

"Saya fikir bukan lagi satu rahsia bahawa organisasi kami mengalami masalah kewangan termasuk dalam kelayakan Piala Dunia. Malah, ada jurulatih yang terpaksa mengumpul wang untuk memastikan pasukan mempunyai duit penerbangan dan keselamatan penerbangan di sebalik kami mempunyai generasi pemain terbaik menerusi Ismael Kone, Tajon Buchanan dan Alistair Johnson.




"Kami perlu memikirkan perkara ini dari sudut kewangan. Kami perlu serius untuk memenangi Piala Dunia. Apabila anda bermain di laman sendiri, anda berpeluang memenanginya. Kami ada peluang ke suku akhir, separuh akhir termasuk memenanginya. Tetapi kami tidak serius.

"Kami menganjurkan Piala Dunia di negara kami dan kami tidak serius untuk memenanginya. Dan anda lihat betapa eratnya pasukan ini pada malam ini. Secara taktikalnya, kami bersaing. Kami ada peluang dan melancarkan percubaan. Jurang perlawanan ini sangat sengit.

"Jadi kami perlu berpijak di bumi nyata. Kami perlu sedar dan bertindak segara kerana menerusi pemain ini, mereka berhak menikmatinya.

"Pemain layak diberi perhatian. Negara berhak menganjurkannya. Semua orang yang berusaha untuk membawanya ke mari layak mendapat peluang. Ayuh mengejarnya. Kita dah dekat.'