Pep Guardiola akan kekal sebagai pengurus Manchester City untuk sekurang-kurangnya dua musim lagi selepas 2024-25, selepas dia menandatangani kontrak lanjutan selama dua tahun semalam.
Pengendali berusia 53 tahun itu hampir menamatkan perjanjian bersama City, yang sepatutnya tamat pada akhir kempen ini, namun dia telah memilih untuk kekal di Stadium Etihad.
Perjanjian itu sendiri akan membawa tempoh Guardiola di kelab itu kepada lebih sedekad, menjadikannya pengurus City yang paling lama berkhidmat sejak Les McDowall pada 1963.
Terdapat cadangan bahawa dia mungkin berhijrah pada akhir musim berikutan pengumuman bahawa pengarah bola sepak, Txiki Begiristain, sedang dalam perjalanan keluar.
Guardiola dikaitkan dengan jawatan England selepas Gareth Southgate meletak jawatan berikutan kekalahan final Euro 2024, namun Persatuan Bola Sepak (FA) melantik Thomas Tuchel bulan lalu.
"Manchester City sangat bermakna bagi saya," kata Guardiola.
"Ini adalah musim kesembilan saya di sini; kami telah mengalami begitu banyak masa yang menakjubkan bersama-sama. Saya memiliki kenanga yang sangat istimewa untuk kelab bola sepak ini.
“Itulah sebabnya saya sangat gembira untuk kekal bagi dua musim lagi.
“Terima kasih kepada semua orang kerana terus mempercayai dan menyokong saya -- Pemilik, Pengerusi Khaldoon, Ferran, Txiki, pemain dan, sudah tentu, peminat… semua orang terlibat dengan Manchester City. Ia menjadi satu penghormatan, keseronokan dan keistimewaan untuk berada di sini.
“Saya telah berkata ini berkali-kali sebelum ini, tetapi saya mempunyai segala-galanya yang diharapkan oleh pengurus, dan saya sangat menghargainya.
“Semoga kami boleh menambah lebih banyak trofi kepada trofi yang telah kami menangi. Itu akan menjadi tumpuan saya.”
Ammar Hakim
Fri Nov 22 2024
Haaland letak kepercayaan penuh kepada Guardiola
Erling Haaland meletakkan 'kepercayaan penuh' kepada 'pengurus terbaik dunia', Pep Guardiola, untuk mengembalikan Manchester City ke landasan yang betul menentang Tottenham dalam Liga Perdana Inggeris malam ini.
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Pep Guardiola menegaskan dia akan kekal bersama Manchester City walaupun kelab itu diturunkan sebagai hukuman atas dakwaan mereka melanggar peraturan kewangan Liga Perdana Inggeris.
Guardiola lanjut kontrak dua tahun lagi bersama Man City
Pep Guardiola akan kekal sebagai pengurus Manchester City untuk sekurang-kurangnya dua musim lagi selepas 2024-25, selepas dia menandatangani kontrak lanjutan selama dua tahun semalam.
EPL: 'Isu kecederaan bukan masalah, Man City tetap hebat daripada Liverpool'
Danny Mills berpendapat bahawa Manchester City masih sebuah pasukan yang lebih hebat daripada pencabarnya, Liverpool, meskipun dibelenggu masalah kecederaan yang melampau.
EPL: Kami tewas sekali lagi -- Kata Pep Guardiola kecewa
Pengendali Manchester City, Pep Guardiola, mengakui pasukannya itu memerlukan perubahan segera selepas mereka tewas 1-2 kepada Brighton sekali gus menjadi kekalahan keempat berturut-turut The Citizens.
EPL: Pep Guardiola, Manchester City berisiko tewas empat kali berturut-turut
Pep Guardiola berdepan kemungkinan tewas dalam empat perlawanan berturut-turut buat kali pertama sepanjang kariernya tetapi dia yakin Manchester City tidak memerlukan tonik tambahan untuk memastikan perkara itu tidak berlaku. Ketiga-tiga kekalahan City baru-baru ini adalah dalam kejohanan berbeza dimana mereka mula tewas berdepan Tottenham dalam p
UCL: Bakal pengurus United belasah City, Gyokeres terbukti lebih handal daripada Haaland
Ruben Amorim menandakan perlawanan terakhirnya bersama Sporting CP dengan cukup bergaya apabila Victor Gyokeres menjaringkan hatrik ketika membelasah Manchester City 4-1 di Lisbon awal pagi tadi.
Maaf, saya tidak boleh guna Bahasa Inggeris ketika ini -- Ruben Amorim
Ruben Amorim terlibat dengan satu perbualan canggung bersama wartawan Sky Sports, Gary Cotterill, sewaktu sidang media menjelang perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di antara Sporting CP dan Manchester City awal pagi esok.
Gyokeres lebih hebat ketimbang Haaland -- Kapten Sporting
Kapten Sporting CP, Morten Hjulmand, menganggap rakan sepasukannya, Viktor Gyokeres, sebagai penyerang yang lebih hebat berbanding Erling Haaland menjelang perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Manchester City di Lisbon awal pagi esok.
City tidak mampu tangani Bournemouth -- Guardiola
Pep Guardiola mengakui Manchester City 'tidak dapat menangani' intensiti Bournemouth selepas tewas 2-1.
LAFC must leave ‘egos at the front door’ for Sounders clash, says Cherundolo
Preview: LAFC v Seattle Sounders
France 37-23 Argentina: Les Bleus wrap up campaign with third win
Report: France 37-23 Argentina
Plymouth Argyle 2-2 Watford: Two-goal Gray rescues point for Rooney's side
Report: Plymouth Argyle 2-2 Watford
Paris Saint-Germain 3-0 Toulouse: Neves stars in comfortable home win
Report: PSG 3-0 Toulouse
Bayern Munich 3-0 Augsburg: Hat-trick hero Kane smashes Bundesliga record
Report: Bayern 3-0 Augsburg
Messi 'will be our No.10 in 2026', hopes Inter Miami chief Mas
Inter Miami hint at Messi stay
Man United could be without Toone until Christmas, says Skinner
Toone sidelined with thigh injury
Haaland has 'full trust' in Guardiola to halt Man City slump
Full trust in Guardiola - Haaland
Al-Nassr 1-2 Al-Qadsiah: Aubameyang winner ends hosts' unbeaten run
Report: Al-Nassr 1-2 Al-Qadsiah
Arsenal handed another injury blow as White ruled out for 'months'
White ruled out for months