Tonggak bawah 23 tahun (B-23) negara, Muhammad Abu Khalil, sah tidak bersama FC Osaka selepas tempoh pinjamannya telah tamat pada 31 Disember lalu.

Pemain berusia 19 tahun itu akan kembali memperkuat Selangor selepas hampir enam bulan berkelana di negara Matahari Terbit khususnya kelab daripada Liga J3 Jepun itu.

Perkara itu diumumkan oleh pasukan tersebut menerusi satu hantaran di laman X.



Untuk rekod, Muhammad tidak melakukan sebarang penampilan bersama FC Osaka sepanjang tempoh pinjaman.