Erik ten Hag menegaskan bahawa dia dan hierarki tertinggi Manchester United masih bersatu walaupun terikat tanpa jaringan dengan Aston Villa dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Villa Park malam tadi.
United melalui keputusan seri keempat selain tewas kepada Tottenham daripada lima aksi terakhir.
The Red Devils kini menduduki tangga ke-14 liga dengan hanya lapan mata, yang merupakan kedudukan terendah mereka selepas lapan perlawanan dalam satu-satu musim, sekali gus meningkatkan tekanan terhadap masa depan Ten Hag bersama pasukan itu.
Biarpun spekulasi mengenai masa depannya kian bertiup kencang, pengendali berbangsa Belanda itu kekal tenang dan hanya fokus kepada aspek positif yang ditampilkan pasukannya.
Ditanya sama ada dia ada berbincang dengan lembaga pengarah Unied, Ten Hag berkata kepada Sky Sports: "Kami sentiasa berbincang, setiap minggu kami berbincang.
"Kami semua bersatu ke arah sama, satu muka surat yang sama, kami tahu apa yang sedang kami usahakan. Ia proses jangka panjang.
"Saya fikir ia perlawanan tanpa bolos keempat kami musim ini. Anda dapat lihat kami memiliki organisasi dan perpaduan yang baik.
"Ia satu perkawatakan dan semangat berpasukan yang baik, berkeazaman dan berdaya tahan.
"Kami hampir tidak memberikan mereka sebarang peluang dan pada penghujung permainan, mereka memiliki peluang besar (dalam waktu kecederaan) tetapi saya fikir hanya itu sahaja peluang mereka.
"Kami melalui aksi di laman lawan yang amat sukar. Ini lah pasukannya, kami menunjukkan yang kami percaya dan yakin dengan apa yang kami ada," katanya.
Muzaffar Musa
Mon Oct 07 2024
Cedera ACL, Selangor hilang khidmat Noor Al-Rawabdeh
Selangor berdepan tamparan besar menjelang aksi Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) menentang Jeonbuk di Petaling Jaya malam esok apabila tonggak tengahnya, Noor Al-Rawabdeh, terpaksa berehat panjang.
ACLE: Nazmi Nasaruddin tenang layang kad merah buat rakan sepasukan Neymar
Pengadil negara, Nazmi Nasaruddin, tenang mengadili aksi hangat di antara Al Ain dan Al Hilal dalam Perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Hazza Bin Zayed, Emiriah Arab Bersatu (UAE) awal pagi tadi.
ACL2: Info Siaran Langsung & Live Streaming Selangor lawan Jeonbuk
Wakil negara, Selangor, akan meneruskan saingan peringkat Asia dalam Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) dengan menentang pendahulu Kumpulan H, Jeonbuk, di Petaling Jaya malam esok.
ACL2: Sidang media Selangor lawan Jeonbuk
Jangan lupa saksikan sidang media menjelang perlawanan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) di antara Selangor dan Jeonbuk!
Kim Min-jae umum perceraian selepas 4 tahun bersama
Agensi Kim Min-Jae, Orange Bowl, mengumumkan pemainnya itu telah memutuskan untuk mengakhiri perkahwinan selepas perbincangan teliti dan telah menyelesaikan proses perceraian selepas mencapai persetujuan bersama isternya hari ini.
Jebat minat Cristiano Ronaldo buka hati Sharnaaz Ahmad tubuh Carabat
Susulan pengumuman rasmi yang dibuat kelab bola sepak Carabat yang ditubuhkan pada Oktober tahun ini, Sharnaaz Ahmad selaku pemilik kelab itu menyatakan bahawa usaha penubuhan kelab ini adalah untuk dijadikan platform kepada barisan pemain amatur mempamerkan bakat mereka.
Liga Super: Banyak kerja perlu dilakukan -- Akmal Rizal
Selepas perlawanan minggu ke-13 Liga Super Malaysia, Penang kini jatuh ke kedudukan tiga tercorot liga selepas sekadar mencatatkan dua kemenangan setakat ini.
Liga Super: Saya harap majikan dapat buat sesuatu -- Ifwat Akmal
Penjaga gol Kedah Darul Aman (KDA), Ifwat Akmal Che Kassim, mengakui semangatnya tidak pernah luntur untuk membantu rakan-rakannya meskipun kelab itu berdepan situasi sukar melibatkan isu kewangan.
LaLiga: Kepulangan Gavi bantu Barcelona kenduri gol atasi Sevilla
Pemain berusia 20 tahun, Gavi, teruja untuk kembali beraksi bersama Barcelona selepas mengalami kecederaan lutut serius ketika beraksi untuk Sepanyol menentang Georgia dalam perlawanan Kelayakan EURO, tahun lalu.
Sultan Selangor zahir titah pesanan buat pengurusan Selangor, UltraSel
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, memberi peringatan kepada seluruh individu yang meminati bola sepak di Selangor supaya menjaga tingkah laku yang boleh mengundang kepada keganasan.
Rosman Razak returns to BAM as women's doubles head coach
Rosman Razak has returned to the Badminton Association of Malaysia (BAM) as head coach of the women’s doubles department.
Nuggets extend Gordon, Rockets lock up young stars
Aaron Gordon, Alperen Sengun and Jalen Green were among the NBA stars to receive contract extensions by Monday's deadline.
'We want more' - Courtois not settling as Montreal target playoff spot
Preview: Montreal v Atlanta
'I'm so happy' - Neymar returns one year after ACL injury
Neymar returns after ACL injury
Dortmund need 'everything' to overcome Madrid, says Sahin
Sahin: Dortmund must be perfect
Glasner urges Palace unity to combat struggles after Forest defeat
Glasner urges Palace unity
Nottingham Forest 1-0 Crystal Palace: Wood winner keeps Eagles winless
Report: Forest 1-0 Palace
Injured Osaka withdraws from Hong Kong Open and ends 2024 season
Osaka withdraws from Hong Kong Open
Emery will not 'waste time' as he eyes silverware with Villa
Emery eyeing silverware with Villa
Buttler injury sees Livingstone called up as England's ODI captain in West Indies
Buttler out as Livingstone captains