Misi Manchester United untuk masuk ke dalam kedudukan 10 terbaik Liga Perdana Inggeris terbatas selepas tumpas ke atas Wolverhampton 2-0 di Stadium Molineux.

Penyumbang terbesar kepada kekalahan itu pastinya kad merah yang dilayangkan kepada kapten mereka, Bruno Fernandes, selepas mendapat kad kuning kedua.

Mengikut rekod musim lepas, Bruno tidak pernah sekalipun dilayangkan kad merah dalam 48 perlawanan yang dimainkan.

Untuk musim 2024/2025, kapten The Red Devils itu sudah mengutip tiga kad merah secara keseluruhan hanya dalam 27 perlawanan yang dihadapinya.

Perkara itu sekaligus menambah koleksi Bruno dengan lima layangan kad merah dalam kariernya secara keseluruhan.