Najmi Iman
Tue Nov 05 2024
Juara sepuluh kali berturut-turut Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT) meraih kemenangan kedua dalam kempen Kumpulan A Liga Juara-Juara Elit (ACLE), di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.
Bintang terkemuka negara, Arif Aiman Hanapi, sudah mengumpul empat jaringan peribadi susulan menghadiahkan gol pertama buat skuad Harimau Selatan pada minit kelapan ketika bertemu Ulsan HD.
Jaringan itu hadir selepas pemain pertahanan juara Liga Korea, Kim Younggwon, melakukan kesilapan sekali gus memberikan peluang terhidang buat Arif Aiman untuk menghadiahkan kelebihan awal buat pasukan tuan rumah.
Anak buah Kim Pan-gon mempunyai peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan pada penghujung babak pertama tetapi Gustav Ludwington tidak berjaya menoktahkan dengan jaringan selepas dikawal rapi benteng Harimau Selatan untuk kedudukan separuh masa pertama kekal 1-0.
Bekas jurulatih Harimau Malaya itu menuntut perubahan segera dipamerkan supaya memberi tekanan kepada skuad bimbingan Hector Bidoglio.
Amaran awal oleh pemain berjersi 27, Lee Chung Yong, disusuli percubaan Yun Illok yang terkena tiang pada awal separuh masa kedua hampir mengucar-kacirkan pertahanan JDT.
Nasib buruk menimpa penjaga gol kebangsaan Korea Selatan, Jo Hyeonwoo, apabila lemas dengan sepakan kaki kiri Oscar Arribas yang terkena biasan pertahan Ulsan HD untuk kelebihan 2-0 pada minit ke-67.
Derita semakin menghimpit juara liga Korea Selatan itu selepas kemasukan Bergson Da Silva yang menggantikan Jorge Obregon menghadirkan gol ketiga kepada juara Piala FA 2024 itu.
Tamat permainan, JDT berada di kedudukan tiga terbaik sambil berkongsi mata bersama Shanghai Shenghua dalam pentas tertinggi Asia itu.
Sementara itu, malang terus berlaku buat Ulsan HD yang masih gagal membutirkan sebarang kemenangan dan menghuni tangga tercorot Kumpulan A.
ACLE: Arif Aiman di tangga kedua, Cristiano Ronaldo kesembilan
Bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, kini berada di tangga kedua dalam senarai penjaring terbanyak Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim ini.
ACL2: Info siaran langsung, live streaming Jeonbuk lwn Selangor
Selangor akan meneruskan cabaran dalam saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) dengan bertemu kelab Korea Selatan, Jeonbuk, di Stadium Piala Dunia Jeonju petang esok.
Pure Passion. Well done boys -- TMJ
Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, memberikan kata dua selepas kemenangan pasukan miliknya Johor Darul Ta'zim (JDT) 3-0 ke atas gergasi dari Korea Selatan, Ulsan HD, dalam kempen Liga Juara-Juara Elit (ACLE), sebentar tadi.
ACLE: Banyak faktor jejas persiapan Ulsan HD -- KPG
Jurulatih Ulsan HD, Kim Pan-gon, menjelaskan faktor mengenai kekalahan kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), sebentar tadi.
ACLE: Dia pernah latih Harimau Malaya, itu sahaja -- Kata Arif Aiman buat Kim Pan-gon
Penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), berasakan aksi cemerlangnya dalam membantu JDT dalam kempen Liga Juara-Juara Elit (ACLE) adalah hasil kerja keras daripada satu pasukan dan bukannya bersifat individu semata-mata. Dia menjaringkan gol pembukaan buat Harimau Selatan pda minit keenam selepas pertahanan Ulsan HD melakukan kesilapan mudah. Pemain s
ACLE: Saya minta maaf -- KPG
Pengendali Ulsan HD, Kim Pan-gon, menggambarkan kesedihannya selepas tewas 0-3 kepada juara 10 kali berturut-turut Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT), dalam kempen Kumpulan A Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), sebentar tadi.
ACLE: JDT ajar Kim Pan-gon erti kemenangan di pentas Asia
Juara sepuluh kali berturut-turut Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT) meraih kemenangan kedua dalam kempen Kumpulan A Liga Juara-Juara Elit (ACLE), di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.
Liga Super: Sabah lanjut kontrak Kim Swee hingga tahun depan
Datuk Ong Kim Swee kekal mengemudi pasukan Sabah dalam kancah Liga Super Malaysia selepas kontraknya diperbaharui sehingga April tahun depan.
ACLE: Kehadiran penyokong mampu jadi tonik tambahan, tiket JDT-Ulsan habis terjual
Kapten Johor Darul Ta'zim (JDT), Jordi Amat, menagih sokongan padu penyokong Harimau Selatan untuk melonjakkan semangat pemain berdepan cabaran Ulsan HD yang disifatkan sebagai perlawanan penting buat pasukan tuan rumah kembali bangkit di pentas Liga Juara-Juara Elit (ACLE).
Serie A: Cagliari beraksi hanya dengan sembilan pemain
Stadium Olimpik Rom menjadi saksi dua layangan kad merah dalam satu masa diberikan kepada Cagliari susulan kekasaran Yerry Mina dan tindakan biadap Michel Ndary Adopo kepada pengadil dalam aksi menentang Lazio awal pagi tadi.
'One game at a time', says calm Slot after Leverkusen thrashing
Slot calm after Leverkusen win
Bologna 0-1 Monaco: Kehrer maintains visitors' impressive Champions League start
Report: Bologna 0-1 Monaco
Sheffield United go second after late turnaround, Plymouth continue good home form
Sheffield United go second
Celtic 3-1 RB Leipzig: Kuhn double inspires Hoops to Champions League fightback
Report: Celtic 3-1 RB Leipzig
Borussia Dortmund 1-0 Sturm Graz: Malen late show extends Champions League home record
Report: Dortmund 1-0 Sturm Graz
Lille 1-1 Juventus: French side's resistance broken after second-half penalty
Report: Lille 1-1 Juventus
Sporting CP 4-1 Manchester City: Gyokeres hat-trick gives Amorim perfect Champions League send-off
Report: Sporting 4-1 Man City
NBA suspends 76ers star Embiid three games
NBA suspends Embiid three games
Real Madrid 1-3 Milan: Visitors seal statement win against defending champions
Report: Real Madrid 1-3 Milan
Liverpool 4-0 Leverkusen: Diaz nets second-half hat-trick to extend 100% start
Report: Liverpool 4-0 Leverkusen