NEWCASTLE 1 ARSENAL 0

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, menyifatkan keputusan video bantuan pengadil (VAR) untuk tidak membatalkan jaringan Anthony Gordon ketika anak buahnya tumbang 0-1 di Newcastle sebagai sangat cukup memalukan.


Gordon memastikan kemenangan tuan rumah sekalipun memperagakan permainan buruk dan bernasib pelawat tidak mengambil beberapa peluang dari jarak dekat di pertengahan separuh masa kedua untuk menamatkan rentak 10 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) tanpa kalah milik Arsenal.

Selepas pengadil, Stuart Attwell, menghadiahkan gol itu, peminat Newcastle yang perlu menunggu lama dalam kecederaan -- yang menyaksikan semakan VAR dibuat bagi memastikan tiga isu iaitu adakah bola telah terkeluar dari garisan sebelum hantaran silang Joe Willock, sama ada Joelinton telah mengasari pertahanan Arsenal, Gabriel , dan kedudukan Gordon bersabit ofsaid.

Arteta, yang pasukannya kini tercicir dua mata di belakang pendahulu, Manchester City, tidak dapat menyembunyikan kemarahannya selepas perlawanan itu.

“Anda perlu bercakap tentang bagaimana jaringan ini dibenarkan? Luar biasa. Saya berasa malu,” kata pengurus Sepanyol berusia 41 tahun itu.




“Sekarng saya perlu masuk ke sini dan cuba mempertahankan kelab sambil meminta bantuan kerana adalah memalukan dengan cara gol ini diiktiraf. Satu keaiban yang mutlak.

“Ia bukan gol atas banyak sebab. Lebih daripada satu sebab, ia bukan jaringan.

"Dan terlalu banyak yang dipertaruhkan di sini. Kami mencurahkan segala kudrat.

“Sangat sukar untuk bersaing di peringkat ini dan situasi ini amat memalukan. Sekali lagi, saya berasa malu.

“Saya telah menetap di negara ini lebih 20 tahun dan isu ini tidak boleh digambarkan sebagai liga terbaik di dunia, saya minta maaf.”