Robin van Persie dan Ryan Babel telah dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan Belanda bagi menghadapi kempen kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Perancis dan Bulgaria.

Kali terakhir bekas penyerang Arsenal itu beraksi buat Oranje adalah pada Oktober 2015, di mana dia menjaringkan gol peribadinya yang ke-50 di peringkat antarabangsa ketika tewas 3-2 di tangan Republik Czech.

Sementara itu bagi Babel, tumpas 3-0 di tangan Jerman pada 2011 adalah kali terakhir buatnya mewakili Belanda.

Pemain sayap Besiktas itu tidak menyembunyikan kekecewaannya selepas diketepikan daripada skuad kebangsaan ketika aksi persahabatan menentang Maghribi dan Ivory Coast, namun akhirnya berjaya menambat hati pengendali, Dick Advocaat.

Bagaimanapun, tiada tempat buat pertahanan Southampton, Virgil Van Dijk, selepas pemain itu masih belum memulakan sebarang aksi buat The Saints berikutan permintaannya untuk berhijrah sebelum ini.

Belanda akan bertandang ke Stade de France pada 31 Ogos sebelum menunggu kedatangan Bulgaria tiga hari kemudian.

Skuad penuh Belanda:

Penjaga gol: Jasper Cillessen (Barcelona), Maarten Stekelenburg (Everton), Jeroen Zoet (PSV)

Pertahanan: Joel Veltman (Ajax), Kenny Tete (Lyon), Matthijs de Ligt (Ajax), Stefan de Vrij (Lazio), Karim Rekik (Hertha Berlin), Wesley Hoedt (Lazio), Bruno Martins Indi (Stoke City), Daley Blind (Manchester United), Nathan Ake (Bournemouth)

Tengah: Donny van de Beek (Ajax), Davy Propper (Brighton & Hove Albion), Marco van Ginkel (PSV), Davy Klaasen (Everton), Kevin Strootman (Roma) Wesley Sneijder (Nice), Jens Toornstra (Feyenoord), Tonny Vilhena (Feyenoord), Georginio Wijnaldum (Liverpool)

Penyerang: Vincent Janssen (Tottenham), Bas Dost (Sporting CP), Jurgen Locadia (PSV), Memphis Depay (Lyon), Arjen Robben (Bayern Munich), Jeremain Lens (Besiktas), Robin van Persie (Fenerbahce), Ryan Babel (Besiktas), Quincy Promes (Spartak Moscow).