Kapten Selangor, Safuwan Baharudin, mengakui pasukannya sudah menduga akan sukar beraksi dalam keadaan padang berlopak ketika terikat 1-1 dengan Sri Pahang dalam perlawanan pertama pusingan 16 Unifi Piala Malaysia di Stadium Temerloh malam tadi.
Sebaik hujan membasahi bumi Temerloh, Sang Gergasi Merah seakan-akan tahu bahawa tugas berat terpaksa diharungi mereka sepanjang perlawanan itu.
Senario paling ditakuti mereka akhirnya berlaku apabila 30 minit sebelum sepak mula, kondisi padang jelas memberikan kelebihan besar buat tuan rumah.
Selain terpaksa mengorbankan corak permainan hantaran pendek, Selangor juga perlu segera mengadaptasi permainan hantaran tinggi.
Mereka dibolosi jaringan Sean Selvaraj seawal minit ke-27 tetapi mujur tandukan Nikola Jambor gagal ditangkap kemas penjaga gol Tok Gajah, Zarif Irfan Hashimuddin, untuk kedua-dua pasukan terikat 1-1 menjelang aksi kedua di Petaling Jaya hujung minggu depan.
Safuwan, dalam satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, Karl Nunis, berkata: "Kami sudah jangkakan selepas keadaan cuaca seperti ini dan ketika kami sampai, hujan memang sudah lebat, jadi kami cuba menjangkakan yang tidak dijangka.
"Malam ini, keadaan agak sukar dengan keadaan padang (berlopak) dan hujan yang berhenti dan bersambung semula.
"Ia keputusan yang adil tetapi saya fikir kami mencipta banyak peluang," katanya.
Muzaffar Musa
Sun Nov 24 2024
Unifi Piala Malaysia: Dua gol dramatik PDRM pastikan Negeri Sembilan tumbang di Paroi
PDRM menjaringkan dua gol dalam waktu kecederaan untuk bangkit menewaskan Negeri Sembilan 2-1 dalam aksi pertama pusingan 16 Unifi Piala Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi sebentar tadi.
Piala ASEAN Mitsubishi Electric: Perak, Kelantan sedia lepaskan pemain
Ketua jurulatih Perak, Yusri Che Lah, memaklumkan pasukannya bersedia melepaskan pemain mereka sekiranya dipanggil untuk menyertai kem kebangsaan bagi menghadapi Piala ASEAN Mitsubishi Electric bulan depan
Unifi Piala Malaysia: Kami sudah jangka sukar beraksi di padang seperti ini -- Kapten Selangor
Kapten Selangor, Safuwan Baharudin, mengakui pasukannya sudah menduga akan sukar beraksi dalam keadaan padang berlopak ketika terikat 1-1 dengan Sri Pahang dalam perlawanan pertama pusingan 16 Unifi Piala Malaysia di Stadium Temerloh malam tadi.
Unifi Piala Malaysia: Bukan sebab cedera, mungkin sebab lopak air -- penjaga gol Sri Pahang
Penjaga gol Sri Pahang, Zarif Irfan Hashimuddin, menafikan faktor kecederaan menjadi punca gawangnya dibolosi Selangor pada penghujung aksi pertama pusingan 16 Unifi Piala Malaysia di Stadium Temerloh malam tadi.
Unifi Piala Malaysia: Info siaran langsung (live streaming) Negeri Sembilan lawan PDRM
Dua pasukan Liga Super, Negeri Sembilan dan PDRM, akan bertembung dalam perlawanan pertama pusingan 16 Unifi Piala Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam ini.
Saya berasa terhormat sertai Selangor -- Katsuhito Kinoshi
Katsuhito Kinoshi berkongsikan rasa keterujaannya selepas dilantik ketua jurulatih baru Selangor bagi meneruskan legasi pasukan dari Lembah Klang itu.
Katsuhito Kinoshi: DNA Eropah atau gaya permainan Jepun jadi taruhan Selangor?
Pengumuman Katsuhito Kinoshi selaku jurulatih utama yang baru Selangor menjadi perhatian peminat bola sepak tempatan kerana memiliki pengalaman yang luas dalam bidang tersebut.
EPL: Chelsea tidak fokus kepada Manchester City, Liverpool
Kemenangan Chelsea ke atas Leicester City 2-1 melonjak ke tempat ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) satu mata di belakang Manchester City dan bakal mencabar kedudukan Liverpool selaku persada liga.
EPL: Kehadiran semula Martin Odegaard bukan satu kebetulan
Ketua jurulatih Arsenal, Mikel Arteta, menegaskan bahawa kehadiran semula ketua pasukan, Martin Odegaard, bukanlah satu kebetulan terhadap kemenangan 3-0 bedepan Nottingham Forest di Stadium Emirates, malam tadi.
Ong Kim Swee hampir pasti ke kelab tiga tercorot Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee bakal membuka lembaran baru di negara jiran, Indonesia, selepas hampir tiga musim bersama Sabah selaku ketua jurulatih.
Jaiswal revels in 'special' century as India take command against Australia
Jaiswal revels in 'special' century
Cooper sacked by Leicester after winless run
Leicester sack Cooper
Southampton 2-3 Liverpool: Salah brace sends Reds eight points clear
Report: Southampton 2-3 Liverpool
Townsend sure Scotland have more to show after superb win over Australia
Scotland down Australia
Chelsea shake off fatigue against Man Utd to extend winning run
Bompastor's fine start rolls on
Marta and Orlando Pride celebrate first NWSL championship
Orlando Pride win NWSL title
Wembanyama 'flips the switch' to down Curry and Warriors
Wemby flips switch to beat Warriors
Furious Flick says Barcelona were fortunate to draw at Celta
Flick: Barca lucky to draw at Celta
'In eight years we never lived like this' – Guardiola shocked by City drop-off
Guardiola shocked by City downturn
Mercedes' luck turns in Las Vegas one-two
Mercedes luck turns in Vegas