Selangor dan Kedah Darul Aman akan bertembung dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam esok.

Ia perlawanan terpenting kedua-dua pasukan itu musim ini memandangkan kemenangan dalam aksi berkenaan akan menentukan pasukan mana yang akan bergelar naib juara Liga Super, sekali gus layak bersaing dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2 musim depan.

Berdasarkan pertemuan terdahulu, Selangor berhasil menewaskan Kedah 3-2 dalam aksi Liga Super di Petaling Jaya tetapi beraksi di laman sendiri sudah pasti akan menyajikan cabaran berbeza buat The Red Giants?

Jadi, anda rasa pasukan mana akan memenangi aksi kali ini?

Undi di sini:
Ikuti siaran langsung perlawanan ini di Astro Arena Bola saluran 803 dan live streaming menerusi aplikasi Astro Go atau ikuti secara percuma melalui aplikasi Sooka bermula dengan pra-rancangan pada jam 8.00 malam.

Muat turun aplikasi Sooka melalui App Store atau Google Play sekarang!