Kelab dari Serie A, Atalanta BC, meneruskan rentak kecemerlangan apabila melayakkan diri ke separuh akhir Liga Eropa UEFA (UEL), selepas menunjukkan jalan keluar buat pasukan Liverpool dengan kemenangan menerusi agregat 3-1 awal pagi tadi.

Seawal minit ketujuh, penyerang kebangsaan Mesir,Mohamed Salah, terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti yang dihadiahkan kepada Liverpool selepas hantaran lintang dari Trent Alexander-Arnold mengenai tangan pertahanan Atalanta, Matteo Ruggeri.

Keputusan penuh perlawanan menyaksikan Atalanta berjaya menyingkirkan Liverpool dari cabaran UEL meskipun skuad kendalian Jurgen Klopp itu memenangi perlawanan timbal balik kedua di Stadium Gewiss.

Selepas ini pasukan Atalanta akan meneruskan aksi berdepan Olympique de Marseille di separuh akhir untuk misi melayakkan diri ke perlawanan akhir saingan Liga Eropa UEFA