RENNES 3 AC MILAN 2

AC Milan tewas kepada Rennes 3-2 dalam aksi kedua playoff pusingan kalah mati UEL di Roazhon Park awal pagi tadi tetapi layak ke pusingan 16 dengan kelebihan agregat 5-3.

Pasukan Itali itu kelihatan mudah akan meneruskan kemaraan selepas meraih kemenangan 3-0 di San Siro minggu lalu tetapi lawan daripada Ligue 1, Rennes, membuktikan mereka bukan calang-calang pasukan di lama sendiri, terutama dengan jaringan hatrik Benjamin Bourigeaud.

Dua gol penyamaan Milan yang dijaringkan Luka Jovic dan Rafael Leao, masing-masing pada minit ke-22 dan 58, menyelamatkan pasukan itu menjelang majlis undian pusingan 16 malam ini.

Bourigeaud, dalam pada itu, membuka jaringan pada minit ke-11 sebelum menyudahkan dua sepakan penalti pada minit ke-54 dan 68 selepas Milan dua kali menyamakan kedudukan.