Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti, akan membuat keputusan lewat sama ada akan menurunkan Jude Bellingham dalam pertembungan Liga Juara-Juara (UCL) dengan Braga.

Pemain tengah England tersebut mengalami kecederaan bahu ketika seri hujung minggu dengan Raya Vallecano, tetapi semalam dia kembali berlatih dan akan kedudukan akan dipantau menjelang pertembungan Kumpulan C di Bernabeu itu, awal pagi esok.

Bellingham telah melakar 13 gol dan menghasilkan tiga bantuan jaringan dalam permulaan luar biasa kariernya di Madrid, tetapi disebabkan kedudukan kukuh mereka dalam kumpulan, Ancelotti mungkin tidak mempertaruhkannya.

“Saya tidak pasti adakah dia akan beraksi,” kata pengurus Itali itu dalam sidang akhbar.




“Dia berlatih hari ini (Selasa) dan ini bermakna dia berasa selesa. Dia telah sembuh dengan baik dan berasa tiada masalah dalam setiap pergerakannya. Saya akan menilai dengan dia esok.”


Sementara itu, Ancelotti mempertahankan Vinicius Jr selepas bekas kapten Barcelona, Carles Puyol, mempersoalkan sikap pemain Brazil itu.

Vinicius belum mencapai prestasi terbaiknya musim ini, namun bekas pengendali Chelsea dan Everton itu gembira dengan sumbangan pemain berusia 23 tahun itu.

"Jika Puyol mahu bercakap dengan Vinicius, biarkan dia bercakap dengannya," katanya.

“Dia masih mempamerkan perubahan. Dia mungkin perlu memperbaiki sikapnya dalam beberapa situasi tetapi dia telah banyak berubah dan semakin bagus.

“Kami gembira dengannya termausk kelibatnya di atas padang iaitu bermain bola sepak. Kadang-kadang dia beraksi kurang baik sebagaimana dalam perlawanan baru-baru ini tetapi karakternya semakin bagus.”