PSG 0 DORTMUND 1

Mats Hummels tidak nampak alasan mengapa Borussia Dortmund tidak dapat meneruskan dan memenangi Liga Juara-Juara (UCL) selepas berhempas-pulas memenangi tiket separuh akhir ke dengan mengatasi Paris Saint-Germain (PSG), awal pagi tadi.


The Black and Yellow mara ke final pertandingan kelab utama Eropah itu buat kali ketiga selepas mengesahkan kemenangan agregat 2-0 ke atas juara Ligue 1 itu yang percubaannya singgah di tiang dan palang sebanyak enam kali dalam dua pertemuan ini.

Selepas Niclas Fullkrug menyudahkan pertemuan pertama di Signal Iduna Park minggu lalu, tandukan Hummels dalam babak kedua menjadi pemisah dalam aksi timbal balik di Parc des Princes, awal pagi tadi, di mana skuad kendalian Edin Terzic itu menghasilkan satu lagi kekentalan benteng ketika mereka merekodkan perlawanan keenam tanpa dibolosi dalam kempen musim ini.

Dortmund yang menjulang trofi itu 27 tahun lalu akan menentang sama ada Real Madrid atau Bayern Munich dalam perlawanan akhir di Wembley pada 1 Jun depan dan Hummels yakin dia dan rakan sepasukannya mampu mengharungi perlawanan dengan positif itu.

“Saya menyumbangkan bilangan gol yang kecil sepanjang mengharungi UCL dengan hanya lima jaringan,” katanya kepada DAZN menerusi Uefa.com.




“Sekarang adalah masa yang terbaik untuk menambah jumlah itu.

“Sejak perlawanan kedua peringkat kumpulan, kami percaya kami mampu memenangi setiap perlawanan dan saya tidak nampak mengapa kami tidak sepatutnya menang di Wembley.

"Kami kekal aktif hari ini dan dapat menguasai permainan dan suasana di luar stadium.

"Itulah resipi kejayaan kami hari ini."