Carlo Ancelotti melabel Manchester City sebagai pasukan pilihan untuk mempertahankan gelaran Liga Juara-Juara (UCL) musim ini sambil pengurus Real Madrid itu tidak menolak sebarang kejutan.

Kelab paling berjaya dalam saingan utama Eropah itu menerusi dengan 14 kemenangan termasuk menjulang lima trofi dalam 10 tahun kebelakangan ini dan sering dijangka mara ke peringkat akhir.

Begitupun, Real yang akan membuka kempen Kumpulan C menentang Union Berlin di Bernabeu awal pagi esok terkandas ditunjukkan jalan keluar oleh juara menanti, City, yang memenangi treble di bawah kendalian Pep Guardiola pada Mei lalu.

Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris itu turut menyimpan impian menggunung tetapi bagi Ancelotti, tiada pasukan yang boleh dianggap mudah.

"City adalah pilihan kerana mereka mempunyai skuad yang menyaksikan mereka memenanginya musim lalu dan mereka tidak banyak melakukan perubahan," katanya dalam sidang akhbar.




“Bagaimanapun, seperti biasa dalam UCL, akan ada kejutan di penghujungnya.

“Real Madrid merupakan pasukan yang akan berjuang hingga ke penghujungnya.

:Kami tidak pernah menganggap diri kami sebagai pasukan pilihan, saya anggap City begitu juga.

“Tetapi mereka memenanginya tahun lalu, mereka mampu memenangi UCL. Anda boleh mengatakan mereka adalah calon juara.”