Jaringan yang menakjubkan daripada pemain kebangsaan England itu membuatkan Stadium Bernabeu terdiam dan terpaku, sekali gus menimbulkan spekulasi bahawa dia patut menjadi antara pilihan untuk pemenang anugerah paling besar dalam pentas FIFA, ‘Ballon d’Or’ 2024.

Ketika Manchester City sedang ketinggalan, Phil Foden dengan mudah membuktikan mengapa pemain seperti beliau, layak mendapat pujian dari semua orang. Sepakannya yang melengkung membawa City kembali ke dalam permainan lalu menghidupkan kembali semangat hasil suntikan dari jaringannya itu. Ia merupakan satu lagi persembahan yang hebat daripada salah seorang pencabar utama 2024 untuk anugerah ‘Ballon d'Or’.

Pemain yang berusia 23 tahun itu dipilih oleh akhbar dari Sepanyol sebagai ancaman untuk pasukan lain yang telah menjadi aset penting dalam skuad Pep Guardiola.

Dia juga telah dipilih untuk memenangi anugerah Pemain Terbaik Musim PFA dan Penulis Bola Sepak di England. Khabar angin ini bertiup kencang sekiranya Foden akan memenangi anugerah berprestij itu jika City dapat mengekalkan kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah.