David Neres terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-29 sebelum bekas penyerang Manchester United, Romelu Lukaku, berjaya sempurnakan penalti di awal separuh masa kedua.
Malam gemilang Napoli disempurnakan kapten Scotland, Scott McTominay, yang juga menjadi pemain terbaik perlawanan selepas wisel penamat ditiupkan.
SCOTT MCTOMINAY ⚽ Three for Napoli!!#FiorentinaNapoli 0-3 pic.twitter.com/mBfuvLZjVv
— Lega Serie A (@SerieA_EN) January 4, 2025
Walaubagaimana pun dijangka Napoli hanya akan kekal di puncak liga buat seketika sahaja.
Ini apabila pesaing mereka, Atalanta mempunyai kelebihan satu perlawanan manakala Inter Milan yang berada di kedudukan ketiga liga mempunyai kelebihan dua perlawanan.