Khidmat Ben White ditagih untuk jangka yang panjang apabila diketahui umum bahawa perbincangan mengenai lanjutan kontraknya telahpun bermula.

Pertahanan berusia 26 itu, yang menyertai The Gunners daripada Brighton dengan harga RM295 juta pada tahun 2021, telah membuktikan dirinya sebagai perpindahan yang berbaloi selepas seringkali menjadi pilihan utama Mikel Arteta.

Untuk rekod, pemain antarabangsa England itu telah membuat 103 penampilan untuk Arsenal dan kembali daripada kecederaan ketika diturunkan sebagai pemain gantian dalam kemenangan 6-0 ke atas Lens dalam Liga Juara-Juara Eropah (UEL) ke atas Lens awal pagi semalam.

Agensi berita PA difahamkan pengarah sukan, Eduardo César Daud Gaspar, telah mengetuai rundingan bersama White.dan walaupun pada dasarnya kontrak pemain itu masih mempunyai baki dua tahun setengah bersama Arsenal.