ARSENAL 2 SEVILLA 0

Mikel Arteta mengetepikan kebimbangan mengenai kecergasan Bukayo Saka selepas dia terpaksa digantikan dalam kemenangan 2-0 Arsenal ke atas Sevilla dalam Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.


Saka menemui sentuhan penyudah di hadapan pengurus England, Gareth Southgate, untuk membantu The Gunners mencatat kemenangan ketiga dalam Kumpulan B itu untuk mencerahkan peluang ke pusingan 16.

Arteta menggantikan penjaring gol, Leandro Trossard dan Gabriel Martinelli, pada minit ke-81 tetapi masih mengekalkan kelibat Saka sebelum beberapa saat kemudian anak buahnya itu terjatuh sambil memegang buku lali ketika mendarat yang menjadikannya terhincut-hincut.

Arsenal akan melayani Burnley untuk jadual Liga Perdana Inggeris (EPL), Sabtu ini, manakala Khamis ini pula Southgate akan menamakan skuad England untuk kelayakan Kejohanan Euro 2024 bertemu Macedonia Utara dan Malt, namun Arteta mencadangkan penyerang yang telah merekodkan tersebut dalam keadaan baik.

Dia berkata: "Pada akhirnya dia tidak selesa untuk meneruskan permainan. Harapnya ia tidak terlalu serius tetapi saya sangat gembira dengan persembahannya.



“Saya rasa dia sudah membiasakan diri ditendang. Saya tidak fikir ia akan berubah terutama corak permainan dan cara dia menarik pemain lawan, jadi adalah lebih baik dia membiasakan diri kerana saya tidak fikir ia akan berubah.

“Ia hanya satu sepakan dan saya diberitahu oleh fisio bahawa dia tidak gembira untuk meneruskan aksinya.

"Jadi dia bergelut dengan rasa ketidakselesaan tetapi saya harap saya menganggap dia akan baik-baik sahaja.”