Gavi telah kehilangan statusnya dalam pasukan utama termasuk nombor jersi di Barcelona selepas pendaftarannya disekat oleh LaLiga.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu didaftarkan sebagai pemain pasukan utama oleh Barca pada Januari lalu dan diumumkan akan memakai jersi nombor enam.

Namun, LaLiga bertindak membatalkan keputusan mahkamah yang memihak kepada Barcelona, sekali gus membolehkan mereka membatalkan pendaftaran Gavi.

Barcelona telah dimaklumkan bahawa mereka tidak boleh mendaftarkan kontrak pemain berusia 18 tahun itu berdasarkan tidak mempunyai ruang dalam bil gaji mereka.

Gavi kemudiannya telah diletakkan semula dalam kontrak remaja dan ini bermakna dia boleh meninggalkan Barca sebagai ejen bebas di penghujung musim ini.

A post shared by GAVI (@pablogavi)



Begitupun, bintang remaja itu kelihatan tidak mungkin meninggalkan Camp Nou.

Sehubungan itu, Gavi perlu menggunakan semula nombor lama jersinya iaitu 30 untuk baki kempen.

Selepas membuat penampilan sulung pada 2021-22, Gavi beraksi sebanyak 37 perlawanan untuk Barca musim ini dan penyingkirannya dalam status rasmi tidak menjejaskan peluangnya membarisi skuad kendalian Xavi itu.