Ronald Koeman telah dipecat Barcelona selepas permulaan musim 2021-22 yang mengecewakan berterusan.

Koeman menggantikan Quique Setien pada Ogos 2020 tetapi gagal memberikan impak di Nou Camp ketika dia bergelut dengan situasi kewangan kelab, di mana menyaksikan Lionel Messi berhijrah ke Paris Saint-Germain.

Barca menghuni tangga kesembilan dalam saingan LaLiga selepas 10 perlawanan dan tewas kepada Rayo Vallecano terbukti cukup bagi kelab untuk membuat keputusan.

Kekalahan tersebut disusuli tewas 2-1 kepada Real Madrid dalam El Clasico, dengan kenderaan Koeman diserang sekumpulan penyokong Barca yang berang selepas perlawanan tersebut.