Saufi Tahir
Mon Nov 11 2024
Ruben Amorim menikmati perlawanan terakhirnya selaku jurulatih Sporting CP dengan kemenangan menjelang perpindahannya ke Manchester United.
Amorim secara rasminya akan mengendalikan The Red Devils hari ini dengan Ruud van Nistelrooy telah mengetuai pasukan dengan baik sebagai jurulatih sementara sejak Erik ten Hag dipecat bulan lalu.
Era kegemilangannya bersama Sporting berakhir dengan kemenangan 4-2 menewaskan Braga awal pagi tadi yang juga merupakan kemenangan ke-11 dalam kempen Liga Primeira.
Bercakap dalam sidang media selepas perlawanan dia menjelaskan: "Sukar untuk meringkaskan segala-galanya ketika ini. Ini adalah pengembaraan yang luar biasa.
"Saya nampaknya sentiasa mempunyai semua kepastian, tetapi dalam beberapa peringkat saya mempunyai banyak keraguan, jadi saya menegaskan bahawa semua ini tidak dicapai bersendirian. Terima kasih kepada penyokong Sporting.
"Saya melakukan apa yang saya mampu, saya melakukan beberapa kesilapan, menunjukkan sedikit kedegilan tetapi saya sentiasa memikirkan apa yang terbaik buat pasukan.
"Kali ini adalah pertama kali saya memikirkan diri saya sendiri, tetapi saya terpaksa. Saya berasakan bahawa ini adalah masa untuk haluan hidup saya sendiri." katanya.
Perlawanana pertama Amorim bersama Manchester United adalah ketika menentang Ipswich Town dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu depan di Old Trafford.
Seorang lagi bekas jurulatih Kuala Lumpur sertai Manchester United
Bekas pembantu jurulatih Kuala Lumpur City, Emanuel Ferro, merupakan individu kedua menyertai barisan kejurulatihan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United, minggu ini.
Ruben Amorim teruja mulakan tugas di Manchester United
Ruben Amorim menegaskan bahawa dia bukanlah tidak naif mengenai tugas sukar yang sedang menantinya sebagai pengurus baru Manchester United.
Ruud van Nistelrooy tinggalkan Manchester United
Manchester United mengesahkan perpisahan dengan Ruud van Nistelrooy berikutan ketibaan Ruben Amorim di Old Trafford.
EPL: Jawatan ini berat, singkat tapi menakjubkan -- Van Nistelrooy
Pengendali sementara Manchester United, Ruud Van Nistelrooy, memuji semangat juang pasukan kendaliannya itu membelasah Leicester City di Old Trafford sebelum kehadiran Ruben Amorim yang akan menggalas tanggungjawab sebagai pengurus The Red Devils secara rasmi hari ini.
Terima kasih penyokong Sporting -- Kata pengendali baru Manchester United
Ruben Amorim menikmati perlawanan terakhirnya selaku jurulatih Sporting CP dengan kemenangan menjelang perpindahannya ke Manchester United.
EPL: Ini adalah era baru Manchester United -- Bruno Fernandes
Kapten Manchester United, Bruno Fernandes, menjelaskan pasukannya perlu kembali ke landasan kemenangan ketika berada di bawah kendalian Ruben Amorim selepas menewaskan Leicester City 3-0 dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.
EPL: Fernandes, Garnacho bantu Manchester United benam Leicester City
Bruno Fernandes menjadi watak penting dalam membantu Manchester United kembali di landasan kemenangan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mengatasi Leicester City 3-0 di Stadium Old Trafford, malam tadi.
UEL: Manchester United 'pecah telur', Amad pamer aksi memukau
Amad Diallo menjaringkan dua gol untuk Manchester United akhirnya menemui kemenangan pertama dalam Liga Europa (UEL) musim ini dengan menewaskan PAOK 2-0 di old Trafford awal pagi tadi.
Maaf, saya tidak boleh guna Bahasa Inggeris ketika ini -- Ruben Amorim
Ruben Amorim terlibat dengan satu perbualan canggung bersama wartawan Sky Sports, Gary Cotterill, sewaktu sidang media menjelang perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di antara Sporting CP dan Manchester City awal pagi esok.
EPL: Enzo Maresca kecewa pertahanan Manchester United tidak dilayang kad merah
Enzo Maresca percaya bahawa Lisandro Martinez wajar dibuang padang susulan kekasarannya terhadap Cole Palmer semasa Chelsea terikat 1-1 berdepan Manchester United di Old Trafford, malam tadi.
ATP Finals: Zverev targets 10 more years at the top after Ruud win
ATP Finals: Zverev targets 10 years
Chelsea fight back to beat brave Celtic in Women's Champions League
Chelsea fight back to beat Celtic
'I have to take care of myself' – McIlroy to play reduced schedule in 2025
McIlroy to reduce schedule in 2025
Real Madrid hit Twente for seven, five-star Wolfsburg also win big
Madrid hit seven versus Twente
Women's Super League predictions: Chelsea boss Bompastor backed to break record
WSL matchday eight predictions
'England comes before anything' – Kane unhappy with Three Lions withdrawals
Kane unhappy with England drop-outs
Tilak's unbeaten ton helps India take lead against South Africa
Varma puts India 2-1 up in series
Spurs say head coach Popovich had mild stroke
Spurs say Popovich had mild stroke
Kusal and Avishka centuries take series opener for Sri Lanka
Kusal stars in ODI opener
Healy in line to equal Ireland cap record versus Argentina
Healy set to equal Ireland record