Pertahanan Arsenal, Takehiro Tomiyasu, menggesa jadual Piala Asia dan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) ditukar kepada penghujung musim liga domestik Eropah.

Kedua-dua kejohanan itu berlangsung pada Januari yang memaksa pemain untuk meninggalkan kelab mereka selama beberapa minggu.

Tomiyasu juga telah mewakili pasukan Jepun untuk Piala Asia sejak Januari 2011.

Kejohanan itu sepatutnya diadakan pada musim panas di China tahun ini, tetapi disebabkan isu Covid-19 melanda dunia, Piala Asia terpaksa ditukar ke Qatar.


Ia diawalkan ke Januari kerana cuaca panas di Timur Tengah dan edisi 2027 juga dijangka akan diadakan sekitar waktu yang sama memandangkan Arab Saudi pula yang menjadi tuan rumah.

"Saya berharap Piala Asia diadakan pada Jun, sama seperti Euro.

"Saya pun tidak tahu kenapa kami bermain pada Januari--bukan sahaja Piala Asia tetapi AFCON juga. Ia berikan kesan kepada pemain. Tetapi itulah yang berlaku sekarang dan saya akan cuba untuk kembali dengan gelaran itu," kata Tomiyasu kepada media Standard Sport.