Pasukan bola sepak Selangor dan Sabah mengesahkan tempat ke peringkat akhir saingan bola sepak wanita Sukan Malaysia (Sukma) 2024, semalam.

Dengan kedua-dua aksi berlangsung di Stadium Negeri, Kuching, skuad Sabah terlebih dahulu melayakkan diri ke final selepas menewaskan Wilayah Persekutuan dengan kemenangan bergaya 6-0.

Dua jam seterusnya pula menyaksikan anak buah jurulatih Osmera Omaro berjaya melangkah ke peringkat akhir apabila mudah menjinakkan Pahang 3-0 walaupun bermain dengan 10 pemain.