SUKMA (Sukan Malaysia) adalah model penting dalam melahirkan atlet bertaraf dunia, mirip dengan pendekatan yang diambil oleh negara maju.
Banyak atlet Malaysia yang berjaya di peringkat antarabangsa, seperti Dato' Lee Chong Wei dan Pandelela Rinong, memulakan karier mereka melalui SUKMA. Ini menunjukkan bahawa SUKMA berfungsi sebagai platform penting untuk mengenalpasti dan mengembangkan bakat muda dalam sukan. Analisis prestasi sukan dan analisis swot pengurusan sukan perlu di perkasakan untuk melakukan kajian penyelidikan sukan bagi seiring negara yang berjaya di kejohanan olimpik dunia. Jika dilihat dari sudut populasi jumlah penduduk, kerangka model negara Australia berdasarkan populasi jumlah penduduk boleh dirujuk untuk lahirkan olimpian dunia.
Dato' Lee Chong Wei memulakan kariernya melalui SUKMA, di mana kemenangannya pada tahun 2000 membuka peluang untuk diserap ke dalam program latihan elit kebangsaan, seterusnya menjadikannya pemain badminton nombor satu dunia dan meraih tiga pingat perak Olimpik. Begitu juga, Pandelela Rinong menunjukkan bakatnya dalam acara terjun di SUKMA, yang membawanya ke program latihan intensif kebangsaan. Ini membantu beliau meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik London 2012 dan menjadi penerjun wanita pertama Malaysia yang memenangi pingat Olimpik. Dato' Lee Chong Wei dan Pandelela Rinong adalah bukti bahawa SUKMA berperanan besar dalam melahirkan atlet bertaraf dunia.
Negara maju seperti Australia dan Amerika Syarikat juga mempunyai acara sukan multi-disiplin seperti Australian Youth Olympic Festival dan Junior Olympics yang bertujuan untuk membangunkan bakat muda. SUKMA berfungsi dengan cara yang sama, menjadi medan ujian untuk bakat-bakat muda sebelum mereka diserap ke dalam program latihan kebangsaan dan antarabangsa. Dengan ini, SUKMA memastikan pembangunan bakat di Malaysia berstruktur dan sistematik. Dengan sistem pemilihan yang kompetitif, hanya atlet yang benar-benar berpotensi dihantar ke program pembangunan elit, sepertimana yang dilakukan oleh negara-negara maju seperti China dan Rusia yang juga dominasi kejohanan olimpik dunia.
Negara maju seperti Australia dan Amerika Syarikat menggunakan acara sukan multi-disiplin seperti Australian Youth Olympic Festival (AYOF) dan Junior Olympics untuk membangunkan bakat muda. AYOF dianjurkan oleh Australian Olympic Committee untuk atlet berumur 13 hingga 19 tahun, meniru suasana Sukan Olimpik sebenar dengan perkampungan atlet dan upacara pembukaan serta penutupan. Acara ini memberi peluang kepada atlet muda Australia untuk merasai pengalaman kompetitif di peringkat antarabangsa sambil diperhatikan oleh jurulatih dan pencari bakat. Ini membolehkan mereka kenalpasti awal bakat muda untuk diserap ke dalam program latihan elit negara.
Di Amerika Syarikat, Junior Olympics di anjurkan oleh organisasi seperti Amateur Athletic Union (AAU) dan USA Track & Field (USATF), melibatkan ribuan atlet muda yang bersaing dalam pelbagai sukan. Acara ini menjadi platform penting untuk kenalpasti dan membentuk atlet masa depan negara, dengan fokus pada nilai-nilai Olimpik seperti disiplin, integriti, dan kerja berpasukan. Junior Olympics memastikan atlet yang cemerlang dapat meneruskan perjalanan mereka ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa, membolehkan Amerika Syarikat terus melahirkan atlet bertaraf dunia. Mereka juga mengutamakan pendekatan saintifik seperti aplikasi sains sukan dan teknologi sukan dalam membantu meningkatkan prestasi atlet.
SUKMA juga menyediakan laluan yang jelas bagi atlet muda untuk berkembang dari peringkat negeri ke peringkat kebangsaan dan akhirnya ke peringkat antarabangsa. Acara ini mencipta persekitaran kompetitif yang serupa dengan kejohanan antarabangsa, membantu atlet menyesuaikan diri dengan tekanan dan suasana pertandingan besar. Ini adalah selaras dengan model pembangunan sukan di negara-negara maju. Justeru itu, penganjuran sukma perlu dilaksanakan secara serius dimana penglibatan utama kerajaan negeri dalam memastikan kejayaan penganjuran Sukan Malaysia. Pada masa kini, jelas pengurusan tertinggi Kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan acara SUKMA. Namun begitu, kuota utama perlu diberikan kepada pengurusan saintifik sukan dalam memastikan kecemerlangan prestasi sukan bakat muda negara untuk bersaing di peringkat antarabangsa.
Selain itu, SUKMA menyumbang kepada peningkatan taraf sukan di Malaysia dengan menyediakan peluang kepada atlet dari seluruh negara untuk bersaing dan menunjukan bakat masing masing. Dengan sistem pemilihan yang kompetitif, SUKMA membantu dalam meningkatkan standard sukan negara secara keseluruhan dengan mempromosikan sukan di kalangan belia dan menggalakkan penglibatan mereka dalam aktiviti sukan. Ini memastikan hanya bakat yang terbaik dipersiapkan untuk bertanding di peringkat antarabangsa. Ini juga menyumbang kepada pembentukan masyarakat yang lebih sihat dan aktif serta memupuk semangat kesukanan dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.
Kesimpulannya, SUKMA bukan sahaja menjadi acara sukan tahunan, tetapi juga platform utama yang memainkan peranan penting dalam mencipta dan membangunkan atlet bertaraf dunia. Ia adalah model pembangunan sukan yang selari dengan pendekatan di negara maju, sekaligus memastikan Malaysia terus melahirkan atlet yang mampu bersaing di peringkat global. SUKMA adalah asas penting dalam ekosistem sukan negara, memastikan pembangunan berterusan atlet dan peningkatan prestasi sukan di Malaysia. Akhir kata, prinsip meletakan sesuatu yang betul di tempat yang betul harus di genggam erat dalam pengurusan strategik sukan agar ia dijalankan secara berkesan. Dengan hikmah kita teroka, KERANA TUHAN UNTUK MANUSIA.
PENULIS,
TS DR HADAFI FITRI MOHD LATIP
PENSYARAH KANAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Hadafi Fitri Mohd Latip
Tue Aug 20 2024
Sukan SEA: Penganjuran bersama umpama pelaburan -- Abang Johari
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, melihat penganjuran Sukan SEA 2027 bersama kerajaan pusat merupakan sebuah jenis pelaburan untuk meningkatkan profil Sarawak.
Lima hilang selepas perahu lumba karam di Sungai Sarawak
Lima individu hilang selepas perahu lumba yang dinaiki mereka karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa.
Para Sukma Sarawak: Kontinjen Sarawak mahu jadikan olahraga lubuk emas
Edisi lalu Sarawak dinafikan gelaran juara selepas Sabah berkelebihan lima pingat emas menjadikan sasaran kejuaraan kontinjen Bujang Senang kali ke-14 terhenti seketika.
Sukma Sarawak 2024: Semoga ketemu di Selangor 2026!
Berakhir sudah penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024 menyaksikan temasya berskala besar itu berjaya diadakan dengan begitu meriah sambil mendapat perhatian menyeluruh peminat sukan Tanah Air.
Sukma Sarawak 2024 di Bumi Kenyalang labuh tirai malam ini
Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 akan melabuhkan tirainya setelah 14 hari menyaksikan atlet muda bersaing dengan semangat juang yang tinggi untuk memburu kejayaan gemilang.
Sukma Sarawak 2024: Selangor sapu bersih semua pingat emas bola keranjang
Pasukan bola keranjang 3 on 3 Selangor bagi kategori lelaki dan wanita berjaya menghadiahkan dua lagi pingat emas pada hari terakhir acara berkenaan.
Sukma Sarawak 2024: Dhuha curi perhatian dengan lima rekod baru di kolam renang
Muhammad Dhuha Zulfikry merupakan prospek perenang masa hadapan negara, berbekalkan bukan hanya mahir acara jarak pendek, malah turut pakar acara jarak jauh.
Sukma Sarawak 2024: Saksikan secara langsung acara tumpuan final akuatik 1m papan anjal lelaki
Acara tumpuan Sukan Malaysia (Sukma Sarawak) 2024 hari ini semestinya tertumpu pada aksi final 1 meter papan anjal lelaki di Pusat Akuatik Pandelela Rinong, sebentar lagi.
Sukma Sarawak 2024: 11 atlet Sarawak layak ke separuh akhir acara tinju
Semangat kem tinju Sarawak untuk meraih pingat emas kian membara apabila 11 daripada 15 atlet Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 mara ke peringkat separuh akhir.
SUKMA perlu teliti kerangka model negara maju jadi dominasi Sukan Olimpik Dunia
SUKMA (Sukan Malaysia) adalah model penting dalam melahirkan atlet bertaraf dunia, mirip dengan pendekatan yang diambil oleh negara maju.
ATP Finals: Zverev targets 10 more years at the top after Ruud win
ATP Finals: Zverev targets 10 years
Chelsea fight back to beat brave Celtic in Women's Champions League
Chelsea fight back to beat Celtic
'I have to take care of myself' – McIlroy to play reduced schedule in 2025
McIlroy to reduce schedule in 2025
Real Madrid hit Twente for seven, five-star Wolfsburg also win big
Madrid hit seven versus Twente
Women's Super League predictions: Chelsea boss Bompastor backed to break record
WSL matchday eight predictions
'England comes before anything' – Kane unhappy with Three Lions withdrawals
Kane unhappy with England drop-outs
Tilak's unbeaten ton helps India take lead against South Africa
Varma puts India 2-1 up in series
Spurs say head coach Popovich had mild stroke
Spurs say Popovich had mild stroke
Kusal and Avishka centuries take series opener for Sri Lanka
Kusal stars in ODI opener
Healy in line to equal Ireland cap record versus Argentina
Healy set to equal Ireland record