Malaysia telah dipilih sebagai destinasi bagi temasya sukan dwitahunan paling berprestij di Asia Tenggara, iaitu Sukan SEA 2027.
Dalam kejohanan kali ini, Sarawak dipilih menjadi penganjur bersama Putrajaya.
Rata-rata pendapat dari penduduk Malaysia menunjukkan sokongan yang kuat terhadap pemilihan Sarawak sebagai salah satu venue utama.
Di laman sosial Facebook Astro Arena, banyak komen positif menyatakan bahawa jika Sarawak menjadi penganjur bersama Putrajaya, fasiliti sukan di negeri itu dapat dipertingkatkan dengan ketara.
Salah satu komen menekankan bahawa fasiliti sukan yang ditingkatkan akan memberi manfaat besar, bukan hanya kepada atlet tempatan tetapi juga kepada atlet dari negara lain yang akan berkunjung ke Sarawak.
"Cadangan yang baik dimana Sarawak boleh 'upgrade' fasiliti sukan. Bukan setakat Sarawak sahaja malah negeri-negeri lain yang ada fasiliti yang baik apa salah untuk digunakan. Jangan hanya tertumpu kepada Kuala Lumpur sahaja, contoh seperti di Thailand, mereka boleh adakan Sukan SEA di Bangkok dan Chiang Mai. Ini akan beri lebih banyak peluang kepada negeri lain untuk menaik taraf fasiliti sukan setaraf yang terdapat di Kuala Lumpur."
"Itu yang sepatutnya, ini dari dulu asyik Kuala Lumpur sahaja jadi tumpuan, kita ada Penang, Johor Bharu, Kuching, Kota Kinabalu yang boleh jadi penganjur. Ikut seperti Thailand yang tidak hanya berpusat di Bangkok sahaja."
"Bagus tukar tukar, secara tidak langsung kemudahan di setiap negeri akan bertambah baik. Lepas Kuching, Kota Kinabalu pula."
"Aku sokong Sarawak jadi tuan rumah Sukan SEA, asyik asyik Kuala Lumpur sahaja, bosan lah."
Penggunaan fasiliti berkualiti tinggi itu oleh atlet antarabangsa akan meningkatkan reputasi Sarawak sebagai destinasi sukan bertaraf dunia.
Komen di Facebook seterusnya berpendapat bahawa sudah tiba masanya Sarawak mendapat peluang menjadi tuan rumah, menggantikan Kuala Lumpur yang sering menjadi penganjur utama dalam kejohanan sukan besar.
Mereka percaya bahawa dengan keluasan dan kemudahan yang ada, Sarawak mampu menampung kehadiran atlet serta pengunjung yang ingin menyaksikan Sukan SEA 2027.
Dengan tempoh tiga tahun sebelum temasya bermula, terdapat banyak ruang dan masa bagi kerajaan Sarawak untuk memperbaiki dan menaik taraf fasiliti sukan.
Harapan besar diletakkan pada Sarawak untuk memberikan yang terbaik dan menyambut kedatangan atlet serta pengunjung dari seluruh Asia Tenggara dengan hospitaliti yang cemerlang.
Pemilihan Sarawak sebagai venue Sukan SEA 2027 bukan sahaja berpotensi meningkatkan fasiliti sukan tetapi juga membawa impak positif kepada ekonomi tempatan dan memperkenalkan budaya serta keindahan negeri itu kepada dunia.
Diharapkan, dengan usaha dan komitmen yang berterusan, Sarawak akan berjaya menjadi tuan rumah yang membanggakan Malaysia di persada antarabangsa.
Azreena Faizal
Sat Jun 01 2024
ACT Wanita 2024: India benam Malaysia dalam aksi pertama
Malaysia terpaksa berdepan permulaan langkah kiri apabila tewas kepada India dalam aksi pembukaan Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia (ACT) Wanita 2024 sebentar tadi.
Hiperbarik & Krioterapi rahsia atlet tahan lama
Berdasarkan kajian yang dikeluarkan oleh National Library of Medicine, umur kemuncak prestasi seseorang atlet adalah berbeza daripada segi sukan serta jantina, namun secara tipikalnya adalah dalam lingkungan usia 20 hingga 30 tahun.
Futsal ASEAN: Thailand benam Malaysia di Nakhon Ratchasima
Skuad futsal negara tewas kepada Thailand 1-3 dalam saingan Kumpulan A Kejuaraan Futsal ASEAN 2024 yang berlangsung di Terminal 21 Korat, Nakhon Ratchasima, Thailand, sebentar tadi.
Futsal ASEAN: Skuad negara tidak ambil mudah cabaran Brunei
Biarpun terpaksa menempuhi perjalanan dari Bangkok ke Korat selama lima jam, skuad futsal negara mengakui aura positif Gelanggang Terminal 21 Korat yang juga merupakan venue futsal Piala Dunia 2012.
MotoGP: Sepang bakal jadi penentu kejuaraan dunia musim ini?
Seandainnya Bagnaia mampu melepasi garisan penamat di Sepang selaku juara maka Martin menempah tugas yang lebih rumit untuk merangkul kejuaraan musim ini
Kejohanan Bola Jaring Asia 2024: Malaysia mula buka mata pelbagai pihak
Kejayaan skuad bola jaring negara di Kejohanan Bola Jaring Asia 2024 yang berlangsung di Bengaluru, India 18 hingga 27 Oktober lalu membuka mata pelbagai pihak terhadap kemampuan pasukan walaupun disertai muka baru.
Saya tak mahu balik, pinjamkan saya ke Jepun -- Ini cerita sebenar Luqman Hakim
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NFDP, Safirul Abu Bakar, berkongsi semangat yang dimiliki penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin, untuk terus menimba pengalaman di luar negara.
Gagal gegar Asia Tenggara, apa yang tidak kena dengan Harimau Muda?
Kegagalan skuad remaja negara meraih tiket ke Pusingan Akhir Piala Asia B-17 2025 mencetuskan persoalan bagai ada sesuatu yang tidak kena dengan program pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi.
Kejuaraan Silat Terbuka Kebangsaan dan Jemputan Antarabangsa: Kedah bakal terima kunjungan barisan pesilat dari seluruh pelosok dunia!
Berbicara tentang sukan silat sudah pasti nama badan induk negara iaitu Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia ( PESAKA) akan menjadi perhatian.
Negara jiran hairan dengan pembangunan bola sepak Malaysia
'Apa yang telah berlaku dengan prestasi pasukan remaja Malaysia kebelakangan ini? Bolehkah sesiapa berkongsi pendapat mereka?' yang dikongsikan laman sosial bola sepak Thailand yang agak memiliki persoalan terhadap perkembangan bola sepak Malaysia.
ATP Finals: Sinner stays perfect with assured Fritz victory
ATP Finals: Sinner downs Fritz
Harwood-Bellis 'didn't quite believe' first senior England call-up
Harwood-Bellis surprised by call-up
Chelsea quartet left at home as Bompastor rotates squad for Celtic clash
Chelsea missing key players
Slegers maintains unbeaten Arsenal start with statement Juventus win
Slegers remains unbeaten at Arsenal
Springboks aiming to have 'two best teams in the world', says Esterhuizen
Springboks want best two teams
Lawrence aiming to overhaul 'idol' McIlroy in Race to Dubai chase
Lawrence relishing McIlroy test
Upamecano: Mbappe shown 'lack of gratitude' in latest France omission
Upamecano: Mbappe is missed
Gakpo feels 'more dangerous' for Liverpool under Slot
Gakpo feels more dangerous for Reds
Armstrong returns to Scotland squad, Morgan and Adams withdraw
Armstrong joins Scotland squad
ATP Finals: Medvedev 'blocks out the noise' to down De Minaur
ATP Finals: Medvedev up and running