Berdasarkan kajian yang dikeluarkan oleh National Library of Medicine, umur kemuncak prestasi seseorang atlet adalah berbeza daripada segi sukan serta jantina, namun secara tipikalnya adalah dalam lingkungan usia 20 hingga 30 tahun.

Namun apa rahsia di sebalik daya ketahanan tinggi atlet pada tahap optimum?

Terapi Hiperbarik Oksigen (HBOT) merupakan rawatan perubatan di mana seseorang individu diletakkan di dalam satu ruang untuk diberikan tekanan 100 peratus oksigen yang lebih tinggi daripada tekanan tekanan atmosfera yang normal.

Dalam ruangan kecil, seseorang itu akan diberikan tekanan oksigen yang yang tinggi mendorong sel darah untuk membawa lebih banyak oksigen sekaligus meningkatkan kualiti memperbaiki tisu dan memperbaiki aliran darah dalam badan.

HBOT mampu membantu atlet untuk pelbagai kebaikan termasuk, proses pemulihan yang lebih pantas, membenarkan atlet pulih daripada kecederaan dan intensiti latihan yang tinnggi dalam kadar yang singkat.

Oksigen tambahan yang berada dalam sel darah merah disalur masuk ke tisu serta otot, di mana membantu untuk mengurangkan keradangan.

HBOT juga membantu meningkatkan daya tahan, kelajuan serta tumpuan atlet. Ia turut membantu melengkah kepenatan ketika sesi latihan dan pertandingan.

A post shared by Recovery Hub (@recoveryhubmalaysia)



Krioterapi seluruh badan merupakan aplikasi terapeutik melibatkan angin sejuk di antara −110°C dan −180°C. Ia merangsang kebolehan semula jadi seseorang individu menjalani proses pemulihan, menggunakan tahap sejuk yang ekstrem bagi merangsang sistem peredaran darah dan sistem saraf.

Krioterapi yang juga dikenali sebagai terapi dingin, merupakan inovatif kaedah rawatan yang dilakukan dalam tempoh tiga minit menggunakan teknologi terkini untuk, Ia mempercepatkan proses pemulihan secara semula jadi, mempercepatkan metabolisme serta memperbaiki sistem peredaran darah.

Ia turut meningkatkan kualiti tidur, memperlahankan proses penuaan serta membantu menurunkan berat badan.

Menerusi REV Rehab, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio, Goh Liu Ying, antara atlet yang pernah menggunakan teknik rawatan tersebut.