BRUGGE 1 MAN UTD 1

Ole Gunnar Solskjaer mencadangkan keadaan cuaca, padang tidak rata dan bola Liga Europa (UEL) adalah punca Manchester United terpaksa akur dengan keputusan seri 1-1 dengan Club Brugge.


Anthony Martial meledak gol di tempat lawan untuk menafikan jaringan pembukaan Emmanuel Bonaventure Dennis sekali gus memberikan kelebihan menjelang aksi minggu hadapan di Old Trafford.

Dennis mengambil kesempatan di sebalik kesilapan Sergio Romero tetapi Solskjaer berasakan keadaan cuaca, permukaan padang dan bola memberikan impak di sebalik keputusan ini.



"Ia merupakan perlawanan yang sukar berdepan pasukan yang berkualiti dalam situasi yang sukar," katanya.

"Saya tidak berasakan ia adalah perlawanan terbaik yang pernah disaksikan oleh sesiapa.

"Kami gagal menampilkan aksi berkualiti, daripada aspek konsentrasi, dan cuaca, ditambah dengan permukaan padang dan bola yang digunakan, menyukarkan kami.

"Anda boleh bertanyakan kepada mana-mana pemain, bola itu tidak membantu anda untuk bermain bola sepak."
Jurulatih Brugge, Philippe Clement, menolak keluhan Solskjaer namun mendakwa Romero seharusnya meninggalkan padang pada minit kedua kerana melakukan terjahan ke arah Dennis.

"Kami meraih bola-bola itu daripada UEFA, jadi ia bukan bola kami," kata Clement. "Dalam perlawanan UEL, ia adalah bola yang sama.

"Bagi saya, secara terang-terangan kami perlu meraih sepakan penalti dan kad merah harus dilayang kepada Romero.

"Sasaran utama dalam perlawanan ini adalah mengatasi United, dan gagal melakukannya kali ini."