Massimiliano Allegri berkata kemenangan menjadi satu-satunya pilihan untuk Juventus dalam pertembungan 'derby' Turin menentang Torino, tengah malam ini.

Juve akan menjadi tuan rumah kepada seteru kota itu dengan harapan untuk terus memberi tekanan kepada penguasaan dua Milan di puncak Serie A.

Mereka juga sedang mencari jalan untuk bangkit daripada keputusan seri 0-0 dengan Atalanta minggu lalu dan Allegri berkata adalah penting untuk mendapatkan hak untuk bermegah sempena pertemuan istimewa itu".


“Kami tidak berpuas hati dengan keputusan selain kemenangan,” katanya dalam sidang media yang dilaporkan di laman sesawang kelab.





“Ia akan menjadi derby dan ini sentiasa perlawanan istimewa. Dalam menguruskan bola dan hantaran, kami sudah pasti perlu beraksi dengan lebih baik berbanding di Bergamo sambil menyedari nilai pasukan yang akan kami hadapi.




“Kami bakal berdepan Torino yang merupakan sebuah pasukan agresif yang diketuai oleh yang jurulatih handalan, Ivan Juric.

"Keputusan yang dicapai dan perkembangan anak buahnya menjadi buktinya."

Pemain tengah, Paul Pogba, kekal digantung setelah ujian sampel B dopingnya diuji memiliki bahan testosteron.

Juventus juga akan beraksi tanpa Dusan Vlahovic dan Federico Chiesa tetapi Moise Kean dan Kenan Yildiz akan terlibat.