Pemain sayap, Sean Selvaraj, sah meninggalkan Negeri Sembilan untuk menyertai Sri Pahang bagi saingan Liga Malaysia musim ini.


Perkara itu diumumkan Tok Gajah dalam satu kiriman media sosial sebentar tadi.

"Rekrut terbaru Tok Gajah, memperkenalkan Sean Eugene Selvaraj

"Pemain sayap lincah berusia 27 tahun yang merupakan bekas anggota skuad B-23 kebangsaan ini telah menandatangani kontrak satu tahun bersama Sri Pahang!

"Selamat datang Sean ke Darul Makmur," kata kenyataan itu.

Sebagai rekod, Sean kembali ke Negeri Sembilan pada 2022 selepas meninggalkan pasukan negeri kelahirannya itu untuk ke Selangor pada 2017.