Steven Gerrard menafikan bahawa dia akan membenarkan Mason Greenwood untuk membina semula kariernya di Al-Ettifaq selepas terdapat dakwaan bahawa kelab Arab Saudi itu bersedia untuk mendapatkan penyerang muda berkenaan.

Pemain kebangsaan England berusia 21 tahun itu sedang mencari pasukan baru sebaik meninggalkan Manchester United secara persetujuan bersama selepas enam bulan menjalani siasatan dalaman di kelab itu.

Bagaimanapun, dalam memberikan reaksi mengenai spekulasi itu, Gerrard, yang kini merupakan pengurus Al-Ettifaq, membalas ringkas dalam Instagram: "Berita palsu".

Greenwood digantung United sejak Januari 2022 selepas dia berdepan dakwaan melibatkan seorang wanita muda berikutan beberapa gambar dan video berkenaan kesnya yang tersebar secara atas talian.

Dakwaan itu turut meliputi percubaan merogol dan menyerang tetapi kes berkenaan kemudian dihentikan oleh Crown Prosecution Service pada Feburari lalu.

Agensi berita PA melaporkan bahawa United kini sedang bekerjasama dengan keluarga Greenwood untuk mecari satu persekitaran terbaik untuk dia meneruskan kariernya dan kini dalam pencarian satu penyelesaian yang tepat.