Shaiful Shamsudin
Wed Jul 20 2022
Pemain tengah Lille, Renato Sanches, sedang mempertimbangkan tawaran Paris Saint-Germain (PSG) dan Milan, menurut Presiden Les Dogues, Oliver Letang.
Sanches dikaitkan ke ibu negara Perancis itu ketika dia memasuki 12 bulan terakhir kontraknya, tetapi akhir bulan lalu Letang menafikan juara Ligue 1 berkenaan sudah dihubungi.
Milan merupakan kelab yang turut berminat dengan sentuhan pemain berusia 24 tahun itu dan laporan mengatakan Rossoneri sudah membentangkan perjanjian bernilai €15 juta (RM67.9j) kepada Lille sekiranya mereka gagal mencapai persetujuan dengan PSG.
Letang yang bercakap dalam sidang akhbar malam tadi mengalu-alukan penyerang Guinea, Mohamed Bayo, sambil mengesahkan Sanches akan berhijrah walaupun dia sendiri masih tidak pasti destinasinya lagi.
"Renato mempunyai dua tawaran yang sangat menarik, dua kelab yang sangat besar," katanya kepada pemberita.
“Jika dia masih bersama kami, ia adalah kerana kami belum mencapai kata sepakat dengan kelab terbabit.
"Renato akan pergi, tapi ke kelab mana saya sendiri pun tidak tahu. Saya ingin merahsiakan perincian perbincangannya. Cuma ia akan menjadi Paris atau Milan."
PSG telah pun membawa masuk Hugo Ekitike dan Vitinha yang ditandatangani oleh bekas jurulatih Lille, Christophe Galtier.
Gol minit akhir Ousmane Dembele pacu PSG rangkul Piala Super Perancis kali ke-13
Ousmane Dembele menjadi hero Paris Saint-Germain (PSG) selepas menjaringkan gol kemenangan dalam masa kecederaan untuk memastikan pasukannya menewaskan Monaco 1-0 untuk menjulang rofi Piala Super Perancis kali ke-13.
JDT-PSG rancang kerjasama erat
Kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Paris Saint-Germain (PSG) berpeluang untuk mengeratkan hubungan mereka lagi menerusi kerjasama dalam aspek penjenamaan, infrastruktur dan pembangunan akar umbi.
Coupe de France: Matvey Safonov muncul wira Paris Saint-German
Penjaga gol Paris Saint-Germain (PSG), Matvey Safonov, muncul wira apabila menyelamatkan dua sepakan penalti dalam Coupe de France awal pagi tadi.
Sesuatu yang besar akan berlaku -- TMJ
"Sesuatu yang besar akan berlaku tidak lama lagi." -- Itulah perkongsian Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, selepas mengadakan pertemuan bersama Presiden Paris Saint-Germain di Doha, Qatar semalam.
Ligue 1: (Video) Donnarumma terima jahitan di muka susulan dipijak pemain Monaco
Kemenangan Paris Saint-Germain 4-2 ke atas Monaco dicemari dengan insiden mengerikan apabila penjaga gol, Gianluigi Donnarumma, menerima kecederaan sirius selepas kesalahan yang dilakukan Wilfried Singo, awal pagi tadi.
Saya tidak pasti jika dia lebih suka isteri saya berbanding saya -- Jese Rodriguez
Bekas pemain remaja kebangsaan Sepanyol, Jese Rodriguez, menjelaskan dia berasa seakan tertipu ketika menyertai Paris Saint-Germain (PSG) dari Real Madrid pada 2016.
Papar tifo 'Bebaskan Palestin', Menteri Perancis kritik penyokong PSG
Menteri Dalam Negeri Perancis, Bruno Retailleau, mengkritik penyokong Paris Saint-Germain (PSG) atas keberanian mereka mempamerkan tifo gergasi "Bebaskan Palestin" sebelum perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Atletico Madrid di Parc des Princes awal pagi semalam.
UCL: Gol saat akhir Atletico letak kempen PSG dalam bahaya
Kempen mengecewakan Paris Saint-Germain (PSG) dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) berterusan apabila tewas 1-2 kepada Atletico Madrid awal pagi tadi, yang meletakkan mereka di zon penyingkiran.
UCL: Kai Havertz, Bukayo Saka pacu Arsenal tewaskan PSG
Jaringan Kai Havertz dan Bukayo Saka dalam separuh masa pertama mengesahkan kemenangan selesa 2-0 buat Arsenal menewaskan Paris Saint-Germain (PSG) dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) di Stadium Emirates, awal pagi tadi.
Ligue 1: Tiada Mbappe tiada masalah buat PSG
Juara Perancis, Paris Saint-Germain, menang 4-1 ke atas Le Havre, memanfaatkan kesilapan tuan rumah di penghujung permainan untuk memulakan musim Ligue 1 mereka dengan permulaan yang cemerlang.
Inter out to avoid past derby mistakes against Milan
Inzaghi: Inter must avoid mistakes
Ancelotti hopeful Madrid star Vinicius will avoid suspension
Madrid hope Vini avoids suspension
McKenna frustrated as Ipswich pay the penalty at Craven Cottage
McKenna's Ipswich lose another lead
Le Bris hails Sunderland for overcoming physical Pompey test
Le Bris content with Black Cats win
Amorim 'really mad' at inconsistency as Man Utd show promise at Anfield
Amorim mad at Man Utd inconsistency
Slot happy with Liverpool mentality but acknowledges low block issue
Slot pleased with Reds mentality
PSG 1-0 Monaco: Stoppage-time Dembele goal wins record 13th French Super Cup
Report: PSG 1-0 Monaco
Celtic go 13 points clear as Rangers surrender two-goal lead
Celtic go 13 points clear
Milan derby won't strain friendship with Inzaghi, says Conceicao
Conceicao on Inzaghi friendship
Masood leads Pakistan fightback with century on day three in South Africa
Masood leads Pakistan fightback