Negara kita akan terus sukar untuk melahirkan pelapis arena sukan badminton setanding jaguh, Datuk Lee Chong Wei, selagi dua aspek penting melibatkan disiplin dan sikap pemain tidak berubah.
Sesuatu yang sukar untuk ditelan, legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek, mengakui perkara itu benar-benar berlaku dan ramai pemain badminton yang tidak menjaga kualiti disiplin selain membawa sikap ‘besar kepala’ hingga jadi penyebab mereka gagal di pertengahan jalan.
Bahkan, katanya, bukan sahaja Chong Wei, belum tentu juga negara mampu melahirkan jagoan seperti ratu skuasy, Datuk Nicol Ann David atau jaguh badminton China, Lin Dan, walaupun pelbagai kemudahan sudah disediakan termasuk oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
“Nak cari pemain standard macam Chong Wei kekal momentum di kedudukan pertama sampai enam tahun bukan senang, masalah sebenar ialah pemain itu sendiri, kadang-kadang bukan sebab sistem BAM pun, dah bagi semua, berbelas-belas kejohanan setahun tetapi disiplin dan sikap tak jaga, habislah.
“Menang satu, dua kejohanan dah besar kepala, dah tak terima nasihat jurulatih, itu sikap kebanyakan pemain dan memang berlaku,” katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam program Uji Bakat Rashid Mencari Juara bagi Zon Timur di Telipot, Kelantan, semalam.
Rashid yang berpengalaman lebih 50 tahun dalam sukan badminton mengatakan pakej lengkap diperlukan dalam setiap pemain untuk berjaya ke tahap lebih tinggi bukan sekadar bakat dan skil tetapi harus memiliki keazaman yang tinggi selain berketahanan mental.
“Istimewanya sukan badminton ini, negara lain pun susah untuk melahirkan pemain setanding yang sedia ada, kadang-kadang semua dah lengkap, kuat dan bersemangat tetiba di penghujung kekuatan mental menurun.
“Ada juga apabila dah menang kejohanan, hanya kekal di tempat sama yang sepatutnya boleh tingkatkan lagi pencapaian ke tahap lebih tinggi,” katanya.
Jauh di sudut hati, dia mengharapkan sukan badminton negara kembali melahirkan pemain-pemain bermutu dan kualitinya ditingkatkan lagi hingga ke persada dunia.
“Melahirkan pemain yang terbaik memerlukan masa, saya sendiri empat hingga lima tahun pada usia 21 baru beroleh juara tetapi bergantung juga kepada kualiti yang ada pada pemain itu sendiri, kalau cepat di usia 18 itu sudah satu yang betul-betul istimewa.
“Saya harap akan ada lebih ramai pemain-pemain yang menyerlah untuk dapatkan juara dunia dan Olimpik,” katanya.
Kredit: Sinar Harian
Stadium Astro
Mon Jan 20 2025
Rashid Sidek gariskan dua elemen lahirkan jelmaan Lee Chong Wei
Negara kita akan terus sukar untuk melahirkan pelapis arena sukan badminton setanding jaguh, Datuk Lee Chong Wei, selagi dua aspek penting melibatkan disiplin dan sikap pemain tidak berubah.
Rexy Mainaky tuntut barisan beregu terus kembangkan prestasi
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky, tidak mahu pemainnya cepat berpuas hati dengan prestasi yang dicapai dalam saingan Terbuka India di New Delhi yang berakhir semalam.
Badminton Terbuka India: Sze Fei-Nur Izzuddin pamer aksi memukau bergelar juara
Beregu lelaki nombor satu negara, Goh Sze Fei-Niur Izzuddin Rumsani, mempamerkan aksi memukau ketike menewaskan lawan dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, untuk bergelar juara Kejohanan Badminton Terbuka India di New Delhi sebentar tadi.
Terbuka India: Siaran Langsung & Live Streaming misi wakil tunggal negara, Sze Fei-Nur Izzuddin bolot gelaran sulung tahun ini
Gandingan beregu lelaki nombor satu Malaysia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, bakal membuat perhitungan dalam perlawanan akhir Kejohanan Badminton Terbuka India bertemu Kim Won-ho-Seo Seung-jae di Kompleks Sukan Indira Gandhi, petang ini.
Terkini Terbuka India: Sze Fei-Nur Izzuddin mara ke final, Aaron Chia-Wooi Yik tersungkur
Beregu lelaki profesional, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, meneruskan kemaraan ke pentas akhir Kejohanan Badminton Terbuka India 2025 selepas menewakan wakil tuan rumah, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, di New Delhi, sebentar tadi.
Terbuka India: Wakil Perancis ranking ke-15 dunia singkir Tang Jie-Ee Wei
Beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, tersingkir di separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka India 2025 selepas dikejutkan lawan dari Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue, di New Delhi, sebentar tadi.
Terbuka India: Pilihan kedua kejohanan padam hasrat Soon Huat-Shevon Lai ke final
Hasrat beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, untuk mara ke pentas final Kejohanan Badminton Terbuka India tidak kesampaian apabila ditewaskan lawan dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, sebentar tadi.
Terbuka India: Hye Jeong-Hee Yong bayangi aksi Pearly-Thinaah
Pearly Tan-M. Thinaah dibayangi prestasi semalam apabila terlepas tiket final Kejohanan Badminton Terbuka India selepas kecundang kepada Kim Hye Jeong-Kong Hee Yong dari Korea Selatan secara straight set sebentar tadi.
Badminton Terbuka India: Sze Fei-Nur Izzuddin lengkapkan hari gemilang kem negara
Beregu lelaki profesional, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, melengkapkan hari gemilang kem negara dalam Kejohanan Badminton Terbuka India apabila mara ke separuh akhir dengan menewaskan lawan dari Taiwan, Lee Fang Chih-Lee Fang Jen, di New Delhi sebentar tadi.
Peningkatan Leong Jun Hao tunjukkan langkah positif pembangunan pasukan
Ketua Jurulatih skuad erseorangan Negara, Kenneth Jonassen, mengakui peningkatan Leong Jun Hao selepas pemain itu menewaskan Li Shi Feng dalam pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka India baru-baru ini.
Butter chicken, garlic naan among Sze Fei-Izzuddin's recipe to India Open success
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin completed a magnificent week in New Delhi by clinching the India Open men’s doubles silverware, saying one of their recipe to success was the sumptuous food they enjoyed.
Australian Open: Sinner digs deep to down Rune
Sinner overcomes Rune
NBA: Clippers top Lakers in battle of L.A.
NBA: Clippers top rival Lakers
Australian Open: Svitolina not yet considering title tilt
Svitolina keeping calm in Melbourne
Australian Open: Keys dismantles Rybakina to tee up Svitolina clash
Keys beats sixth seed Rybakina
Farris lauds Inter maturity in Empoli triumph but tempers Scudetto hopes
Farris lauds Inter maturity
Arsenal 'looked more like ourselves' in Palace triumph, says Slegers
Slegers: We looks more like us
Marseille 1-1 Strasbourg: De Zerbi's side lose ground in title race
Report: Marseille 1-1 Strasbourg
Solskjaer says Besiktas job reminds him of Man United stint
Solskjaer speaks on Besiktas role
Inter 3-1 Empoli: Martinez stunner helps hosts keep pace with Napoli
Report: Inter 3-1 Empoli