Skuad muda hoki negara tewas kepada Australia 9-3 dalam perlawanan round robin Piala Sultan Johor 2024 B-21 yang berlangsung di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru, malam tadi.

Tiga jaringan Malaysia hadir menerusi Muhammad Danish Danial Abdul Wahab, serta dua gol lagi melalui Azimuddin Syakir Kamaruddin dan Mohammad Harris Iskandar Osman hasil daripada pukulan sudut penalti.






Kekalahan itu menyaksikan anak buah I. Vikneswaran telah melepaskan 22 gol dan tidak berjaya melakar sebarang kemenangan dalam saingan itu dan akan menentang Jepun dalam aksi penentuan tempat kelima dan keenam.

Australia akan meneruskan cabaran ke pusingan akhir selepas menduduki tangga teratas dan akan berdepan saingan Great Britain malam ini selepas masing-masing mengumpul 10 mata selepas lima perlawanan.