Gol lewat Nathan Ake mengesahkan Manchester City meraih kemenangan sulung di Stadium Tottenham Hotspur dalam perlawanan pusingan keempat Piala FA.

Selepas 6 perlawanan, 102 percubaan, empat tahun sembilan bulan dan 15 hari, kelab kendalian Pep Guardiola akhirnya berjaya menjaringkan gol buat kali pertama di Stadium Tottenham Hotspur.

City tampak seperti perlu menyelesaikan perlawanan ulangan selepas terlepas peluang berturut-turut sebelum Ake menjaringkan gol pertama mereka di stadium ini selepas lima kekalahan berturut-turut ketika dua minit berbaki.

Spurs hampir-hampir tidak mencatatkan ancaman serangan, iaitu hanya dengan satu percubaan sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung.

Mujur muncul Ake yang mencetuskan sambutan 'liar' di kalangan 9,000 peminat City yang telah menempuh perjalanan jauh ke utara London.

Tapi sejurus tamat perlawanan, Guardiola dilihat seakan tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara ketika dia sedang berkomunikasi dengan Ruben Dias.