Graham Potter optimis Todd Boehly tidak akan meneruskan legesi seperti Roman Abramovich tatkala Chelsea berjuang untuk menyelamatkan musim mereka.

Hanya satu kemenangan daripada lapan perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) menyaksikan The Blues di pertengahan carta untuk 10 mata di belakang pasukan di tangga keempat, Manchester United.

Harapan untuk mencapai kelayakan Liga Juara-Juara (UCL) kian pudar, sementara Manchester City telah pun menyingkirkan mereka daripada Piala Liga Inggeris (EFL) dalam pertembungan kelmarin termasuk menewaskan mereka dalam liga.

Situasi buruk mungkin berulang ketika bertandang ke Stadium Etihad untuk berdepan anak buah Pep Guardiola dalam Piala FA Inggeris, tengah malam ini.

Chelsea bakal mengharungi peringkat 16 UCL berdepan Borussia Dortmund tetapi perkara paling mustahak ketika ini adalah keperluan memperkemaskan permainan terlebih dahulu terutama demi menjamin masa depan Potter sendiri sebagai pengurus.

Dia cukup dihargai di Brighton & Hove Albion sebelum dipancing oleh pemilik baru Boehly, September lalu, sejurus bekas pengurus yang membantu Chelsea menjuarai UCL, Thomas Tuchel, dipecat.

Chelsea menyuntik ramai muka baru dalam pasaran perpindahan tetapi pelaburan besar itu belum menampakkan pulangan berbaloi untuk aspirasi impian mereka.



Potter, bagaimanapun, terperanjat bahawa jawatannya kini terancam apabila mengatakan nasibnya mungkin berbeza atas sebab tertentu.

Dia merujuk kepada Pep Guardiola, Mikel Arteta dan Jurgen Klopp memerlukan masa untuk membina sebuah pasukan ampuh di City, Arsenal dan Liverpool.

Membandingkan Chelsea sekarang dengan tempoh 19 tahun sepanjang pemilikan Abramovich, Potter berkata: "Terdapat pemilikan yang sama sekali berbeza daripada sebelumnya.




“Ini juga satu tanggapan yang sukar untuk orang ramai di Chelsea selepas 20 tahun dan tiba-tiba, ia bertukar menjadi situasi yang berbeza.

“Tetapi mereka masih mengimbau pemecatan selama 20 tahun lalu.

"Sebab utama saya mengambil tugas ini adalah kerana saya akan diberi peluang untuk membentuk pasukan yang sedang dalam tempoh peralihan yang besar."