Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, jaringan Alexis Mac Allister yang mencetus inspirasi kemenangan 3-1 ke atas Sheffield United dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi.

Selepas jaringan sendiri Conor Bradley di awal separuh masa kedua menafikan jaringan pembukaan Darwin Nunez -- ihsan kesilapan penjaga gol The Blades, Ivo Grbic -- ketegangan di Anfield mula meningkat untuk mereka mendapatkan semula tempat di puncak liga.

Bagaimanapun, Mac Allister, pemain terbaik Liverpool bulan lalu, melakukan rembatan mirip jaringan kemenangan Steven Gerrard bertemu Olympiacos pada 2004 meredakan kebimbangan dan Cody Gakpo menambah gol ketiga di lewat permainan.

“Kami memerlukan gol seperti itu untuk mengubah keputusan perlawanan,” kata Klopp.

“Jaringan ketiga merupakan sesuatu yang kerap kami lakukan dalam sesi latihan, hantaran silang Andy Robertson dan tandukkan yang cukup berbisa.”