Pertahanan England, Kieran Trippier, memberikan pujian aksi luar biasa Jude Bellingham selepas dia memainkan peranan dalam kemenangan 6-2 The Three Lions dalam aksi pembukaan Piala Dunia Qatar semalam.

Bellingham beraksi dalam kesebelasan utama England dalam aksi yang berlangsung di Stadium Khalifa International, dengan Gareth Southgate menurunkan barisan pemain yang memiliki mentaliti untuk melancarkan serangan.



Dan mentaliti serangan itu membuahkan hasil, termasuk dengan pemilihan Bellingham, yang membuka jaringan selepas perlawanan melewati 30 minit waktu permainan menjadikan dirinya pemain England kedua termuda menghasilkan jaringan di Piala Dunia.

Pemain berusia 19 tahun itu turut memainkan peranan dalam merencanakan seranga yang menghadirkan jaringan yang disempurnakan Raheem Sterling untuk menjadikan kedudukan 3-0, dan dia turut melakukan lorongan kepada Callum Wilson apabila penyerang Newcastle United itu membantu Jack Grealish mendapatkan jaringan.

Bellingham menghadirkan gerakan dan tujuan dalam jentera tengah England yang kerap kali dilihat sering mempamerkan permainan yang pasif, dan Trippier mengaguminya.

"Bellingham seorang pemain yang luar biasa pada usia yang muda," katanya kepada BBC Radio 5 Live.

"Dia bermain pada tahap yang begitu tinggi dan dia seorang yang berani. Dia perlu mengekalkan corak permainan ini dan terus beraksi pada tahap yang tinggi, seperti yang saya tahu dia akan melakukannya."