England tidak berharap untuk memenangi Euro 2024 tetapi mereka mempunyai peluang untuk menjadi juara jika sekiranya rancangan mereka berjalan lancar -- Menurut David James, The Three Lions perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan untuk menentukan masa hadapan Gareth Southgate.

Pasukan England di bawah kendalian Southgate telah kalah dalam penentuan sepakan penalti bertemu Itali dalam perlawanan akhir Euro 2020. Mereka juga turut tersingkir ketika bertemu Croatia dalam separuh akhir Piala Dunia 2018.

Berdasarkan kedudukan dalam FIFA, The Three Lions merupakan pasukan ketiga terbaik dunia di belakang Argentina dan Perancis.

Bekas penjaga gol kebangsaan England, James, berkata; "England tidak boleh berharap untuk menjadi juara tetapi bukan sebab untuk tidak mempercayai perancangan.

"Ia adalah sesuatu yang agak susah dan sukar diramal. Keputusan yang paling realistik untuk England ialah berjaya ke peringkat separuh akhir atau perlawanan akhir," katanya kepada Stats Perform.

"Saya berada di sana ketika kita kalah kepada pasukan Itali dalam perlawanan akhir Euro 2020 dan ianya sangat menyedihkan. Perbezaan dua penalti memisahkan kita dan Itali menjadi juara.

"Walaupun kalah, saya masih rasa ianya satu kejayaan. Sudah tentu, semua orang pasti menginginkan pasukan England untuk memenangi trofi tersebut.

"Itali sudah membuktikannya walaupun hanya pada satu kejohanan sahaja -- dan prestasi mereka semakin merudum selepas itu -- tetapi mereka tetap pasukan terbaik di dunia.

"Sehingga kejohanan itu bermula, ia dilihat sangat sukar. Tidak kira pasukan Sepanyol atau German, semua orang sedang bercakap tentang kejayaan," katanya.

Pasukan England berharap untuk melepasi peringkat kalah mati sekali lagi, akan tetapi masa hadapan Southgate masih belum diketahui.

Kontraknya akan berakhir Disember tahun ini, dan desas-desus mengatakan bahawa beliau akan ke Manchester United selepas keterlibatan Jim Ratcliff sebagai pengurus yang baru. Tetapi England menegaskan fokusnya adalah tugasan seterusnya.

James percaya Persatuan Bolasepak England sudah bersedia bagi menghadapi masa hadapan sambil mengharapkan kejayaan England bukan semata-mata disebabkan Southgate tetapi bergantung kepada operasi persatuan secara keseluruhannya.

"Saya rasa ia adalah sesuatu yang menarik. Apabila kita bercakap tentang Pep Guardiola dan Jurgen Klopp, meraka adalah dua pengurus yang kita boleh bercakap sebagai individu tetapi kejayaan mereka adalah berdasarkan dari kelab tersebut.

"Sebarang kekosongan untuk Jurgen and Pep Guardiola, setiap pengurus perlu menyesuaikan diri mengikut idea asal kelab dan bagaimana mereka ingin membuktikannya. Saya rasakan benda yang sama untuk England.

"Sebagai pengurus, Gareth sedang menerajui pasukan ini tetapi saya fikir ianya tidak hanya bergantung kepada beliau seorang. Orang-orang disekelilingnya perlu membantu beliau untuk membuat keputusan yang Garenth sendiri tidak mampu.

"Saya rasa Southgate akan meninggalkan pasukan sekiranya pasukan England tidak bermain dengan baik dalam kejohanan ini," katanya.

James meletakkan sokongnya kepada Southgate walaupun tidak memenangi piala.

"Orang ramai berpendapat - bahawa pasukan England perlu memenangi satu piala di bawah kendalian beliau, tetapi saya rasa dia sudah lakukan yang terbaik.

"Southgate membawa England ke perlawanan akhir dan separuh akhir sebelum ini dan saya pasti beliau akan buat perkara yang sama. Saya yakin England akan lakukan yang terbaik."