Pengendali Belanda, Louis van Gaal, memberitahu Tim Krul tidak akan dipilih dalam skuadnya untuk Piala Dunia berturut-turut berikutan keengganan penjaga gol itu untuk mengambil bahagian dalam sesi latihan pakar.
Krul diketepikan daripada pasukan Belanda untuk perlawanan Liga Negara-Negara menentang Poland dan Belgium tetapi Van Gaal mahu menggunakan penjaga gol Norwich, pakar dalam menyelamatkan penalti, sebagai sebahagian daripada sesi yang dikhususkan untuk sepakan penalti.
Tetapi Krul enggan mengambil bahagian, mendorong Van Gaal memaklumkan dia tidak akan berada di dalam pesawat ke Qatar.
"Krul menghubungi saya untuk memberitahu saya bahawa dia tidak akan menyertai latihan tersebut," kata Van Gaal. 'Saya menyedari dia seorang penjaga gol paling banyak menafikan penalti daripada segi statistik.
"Tiada masa depan untuknya bersama skuad Orange, kerana dia tidak mahu datang. Itulah akibat keputusannya."
Krul dikenali sebagai pakar dalam sepakan penalti dan dibawa masuk oleh Van Gaal untuk penentuan sepakan penalti pada Piala Dunia 2014, di mana dia menyelamatkan dua sepakan penalti untuk membantu Belanda menewaskan Costa Rica dan mara ke separuh akhir.
Penjaga gol Ajax, Remko Pasveer, telah memikul tanggungjawab jersi nombor satu untuk Belanda selepas mempamerkan aksi cemerlang di peringkat kelab.
Krul adalah pemain tetap untuk Norwich dalam saingan Kejuaraan di bawah pengurus Dean Smith, telah bermain sepuluh kali musim ini dan membantu Canaries untuk menduduki tempat kedua dalam jadual.
Holland menewaskan Poland 2-0 di Warsaw awal pagi tadi hasil jaringan Cody Gakpo dan Steven Bergwijn. Pasukan bimbingan Van Gaal akan menentang Belgium di Amsterdam dalam pertembungan seterusnya Liga Negara-Negara Ahad ini.
Ammar Hakim
Fri Sep 23 2022
Piala Dunia Qatar: Enggan sertai sesi latihan, Van Gaal lepaskan khidmat Tim Krul
Pengendali Belanda, Louis van Gaal, memberitahu Tim Krul tidak akan dipilih dalam skuadnya untuk Piala Dunia berturut-turut berikutan keengganan penjaga gol itu untuk mengambil bahagian dalam sesi latihan pakar.
Tottenham tewas, Dier bertelingkah dengan penyokong sendiri
TOTTENHAM 1 NORWICH CITY 1 (Norwich mara melalui penentuan sepakan penalti 3-2) Pemain tengah, Eric Dier, naik ke bangku penonton dan bertelingkah dengan penyokong susulan kekalahan dalam pusingan kelima Piala FA Tottenham kepada Norwich City kerana mempunyai kaitan dengan adik lelakinya.
Al-Nassr 3-1 Al-Khaleej: Ronaldo nets twice and passes up penalty in cup semi-final
Report: Al-Nassr 3-1 Al-Khaleej
Hayes concedes title race is over as Chelsea suffer dramatic Liverpool defeat
Emma Hayes: WSL title race is over
Sancho outshines Mbappe as Dortmund seize initiative against PSG
Sancho outshines Mbappe in BVB win
Borussia Dortmund 1-0 Paris Saint-Germain: Fullkrug hands hosts first-leg win
Report: Borussia Dortmund 1-0 PSG
Liverpool 4-3 Chelsea: Blues' title hopes suffer huge hit as Bonner decides seven-goal thriller
Report: Liverpool 4-3 Chelsea
'It's here to stay' – Postecoglou jokes he's moving to Sweden to escape VAR
Postecoglou seeking VAR-free life
Top seed Sinner withdraws from Madrid Open ahead of quarter-finals
Injured Sinner out of Madrid Open
IPL: Punjab Kings spinners frustrate CSK in routine win
IPL: Kings spinners frustrate CSK
Alcaraz sees Madrid Open reign ended by Rublev in last eight
Rublev ends Alcaraz reign in Madrid
Pochettino says Chelsea in 'most challenging period' ahead of Spurs reunion
Mauricio Pochettino's Chelsea take on his former club Tottenham on Thursday, with both teams needing points in the race for Europe.