IRAN 2 JEPUN 1

Iran meleburkan impian pilihan juara Piala Asia 2023, Jepun, menerusi kemenangan 2-1 yang penuh mendebarkan di Stadium Education City, sebentar tadi.


Jepun memenuhi jangkaan awal apabila mendahului menerusi penyudah Hidemasa Morita pada minit ke-27.

Iran pula masih mencari-cari rentak di dalam kawasan berbahaya pihak lawan dengan mengatur asakan berbahaya sepanjang perlawanan.

Corak permainan bertenaga mereka itu memberi pulangan setimpal dengan Mohammad Mohebi memberikan mereka gol penyamaan.




Dan kemenangan menjadi milik mereka selepas pengadil memeriksa video bantuan pengadil (VAR) untuk Alireza Jahanbakhsh muncul wira dengan gol kemenangan selepas enam minit melewati masa tambahan.


Mereka akan bertemu sama ada penyandang juara, Qatar, atau Uzbekistan dalam aksi separuh akhir, empat hari lagi.