Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan senarai akhir 23 pemain skuad B-23 negara pilihan ketua jurulatih, Juan Torres Garrido, bagi saingan Piala Asia B-23 di Doha, Qatar bermula minggu depan.

Paling mencuri tumpuan ialah senarai di bahagian serangan, yang akan diwakili Luqman Hakim Shamsudin, Fergus Tierney, Haqimi Azim Rosli, Aliff Izwan Yuslan, Alif Zikri Zaini Abuar dan T. Saravanan.

Bahagian tengah pula akan diperkasakan dengan kehadiran Mukhari Ajmal Mahadi, Daryl Sham, Syahir Bashah, Umar Hakeem Suhar Rezwan, Nooa Laine, Najmuddin Akmal Kamal Akmal dan Muhammad Abu Khalil.

Dalam pada itu, Azrin Afiq Rusmini, Zikri Khalili, Saiful Jamaluddin, Harith Haikal Adam Afkar, Safwan Mazlan, Ubaidullah Shamsul Fazili dan Aiman Khairul Yusni akan membarisi benteng pertahanan negara.

Tiga penjaga gol turut disenaraikan, iaitu Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, Azim Al Amin Kamaruddin dan Firdaus Irman Fadhil.

Harimau muda diletakkan dalam Kumpulan D dan akan bertemu Uzbekistan pada Rabu depan sebelum bertemu Vietnam (Sabtu) dan Kuwait pada 23 April ini.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan, iaitu lapan pasukan (juara dan naib juara kumpulan A, B, C dan D) akan layak ke suku akhir.